Bertuah! Wanita kongsi rahsia jadi pemandu lori sampah pun boleh ‘kaut’ gaji RM546,600

Siapa sangka wajah yang cantik dan imej seksi wanita ini sebenarnya bekerja sebagai pemandu lori sampah?

Ashlea yang berasal dari Australia yang juga pencipta kandungan digital hidup mewah dengan gaji yang mencapai 6 angka.

Dengan kehidupannya yang mewah, dia berkongsi kisah sebagai pemandu lori sampah yang dari pandangannya amat unik.

Dia bekerja di lombong Pilbara 14 hari tanpa henti dan mendapat cuti selama 14 hari selepas itu.

Rutin hariannya bermula awal kira-kira jam 4 pagi dengan syif 12 jam yang mencabar dalam panas terik ketika memandu trak.

Ashlea memperoleh AS$ 120,000 (kira-kira RM546,600) setahun untuk bekerja enam bulan sepanjang tahun.

“Jadi bagaimana saya boleh mencapai ini? Pertama sekali saya membuat senarai, jadi setiap bulan saya mempunyai dua minggu cuti dan ia memberi saya banyak masa untuk melakukan beberapa perkara yang sangat mengagumkan,” katanya ketika berkongsi rahsia hidupnya.

Baca juga: “Setitik airmata tak jatuh masa suami meninggal. Lama aku tinggalkan rumah 3 minggu balik tu terduduk tengok”