Beruang naik atas meja makan, pengunjung keras macam batu sambil tutup muka kanak-kanak

Aktibiti perkelahan sebuah keluarga bertukar menjadi detik mencemaskan apabila seekor beruang hitam yang tiba-tiba naik ke atas meja tempat mereka sedang menikmati hidangan.

Beruang hitam itu sedang dalam kelaparan naik atas meja tersebut betul-betul di hadapan dua individu terdiri daripada seorang wanita dan kanak-kanak.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Taman Ekologi Chipinque, Mexico bertukar menjadi detik mencemaskan dan beruang terbabit juga dilihat menggerakkan kepalanya hampir mengenai wanita terbabit yang didapati membatukan diri sambil menutup muka kanak-kanak lelaki di sebelahnya.

Selepas menikmati makanan itu untuk beberapa ketika, haiwan berkenaan turun daripada meja tersebut dan beredar.

Klip insiden terbabit tular di sosial media sejak Rabu lalu.

Dalam pada itu, taman ekologi terbabit menerusi kenyataan di laman webnya mengluarkan amaran kepada bahawa insiden pelawat terserempak bersama beruang hitam dilaporkan meningkat di kawasan metropolitan Monterrey.

Haiwan itu juga dilihat berkeliaran di taman, kawasan kejiranan dan jalan-jalan berhampiran pergunungan berdekatan sekali gus meningkatkan risiko kepada orang ramai dan juga kepada beruang terbabit.

Taman tersebut juga menyediakan senarai cadangan dalam talian tentang perkara yang perlu dilakukan jika seseorang bertemu dengan haiwan berkenaan.

Ia antara lain mengingatkan pelawat supaya “tidak sekali-kali cuba mengambil gambar beruang tersebut dari jarak dekat”.

Pada 2020 satu lagi video dari taman itu tular apabila seekor beruang hitam dilihat menghampiri pengunjung dan menghidu rambutnya.

Baca juga: Peminat dah ‘approve’ hubungan Merqeen dan Ameera Khan-Sama cantik sama padan