Baru-baru ini Kak KM atau Liana Rosli meluahkan kecewa melihat kereta mewah kesayangannya remuk terlanggar tembok rumah kerana dipercayai perbuatan suaminya.
Ianya dapat dilihat bahagian belakang kereta termasuk pintu pemandu ‘terkopak’ dipercayai kerana suaminya, tertekan gear undur.
Dalam video rakaman TikTok @lianaroslikakkm, kedengaran suara kesal Kak KM berkata harta kesayangannya hancur akibat perbuatan aniaya orang lain yang tak bersama-sama berusaha menjaganya.
“Macam mana nak tarik ni? Jahanam harta aku. Bab* punya manusia. Ini terus tekan minyak sekuat-kuatnya, menganiaya namanya. Tahu tak menganiaya? Ini la dia. Tak tahu sama-sama jaga harta,” kata Kak KM dalam video itu.
Ekoran itu ramai yang menyifatkan kenyataan penerbit Rosyam Nor amat sesuai sekali dengan situasi ini apabila mengeluarkan kenyataan berkaitan mengapa perempuan tidak boleh bekerja.
Rosyam Nor berkata bahawa kebanyakan wanita bekerjaya hebat dan kewangan kukuh akan mula memiliki sifat angkuh.
Tambahnya, segelintir isteri yang bekerjaya akan mula meninggikan suara, mengadu penat dan mengeluh untuk membuat kerja di rumah.
“Perempuan ni bila dah bekerjaya, dah ada duit banyak dia berlagak. Walaupun dia isteri. Perempuan ni bila dah ada duit dia ego.” ujar Rosyam.
Kenyataan itu dibidas oleh oleh Datin Seri Adzliana daripada Usanita di mana dalam perkahwinan haruslah ada ‘give and take’.
Walau bagaimanapun, Adzliana bersetuju bahawa terdapat wanita bekerjaya yang berperangai seperti yang diujarkan oleh Rosyam.
Video itu telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutama sekali wanita turut bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Rosyam.
Di ruangan komen, netizen terkejut dan meminta kepastian adakah Kak KM tergamak memaki hamun pelaku yang disyaki suaminya sendiri. Tak kurang juga yang mendoakan semoga urusan usahawan ini dipermudahkan.
Alahai, dugaan sungguh Kak KM. Semoga ada rezeki berlipat ganda lagi selepas ini.
Baca juga: Disuruh ‘kerja’ lebih 25 tahun tapi enggan bayar gaji, lelaki ini diarah bayar RM1 juta