Berita pelancong India, Vijayaletchumy yang masih belum ditemukan sejak 6 hari lalu membuatkan rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersedih.
Ia berikutan sudah berhari-hari tiada tanda-tanda mangsa jerlus tersebut masih hidup mahupun jejaknya yang tertimbus dikawasan tersebut.
Semalam, tular di media sosial seorang anggota bomba menunjukkan realiti pencarian mangsa di bawah jalan Masjid India.
Menggunakan akaun Alimaddia, pegawai tersebut menunjukkan kumpulannya yang sedang melakukan misi SAR(search and rescue) yang turut memperlihatkan air bawah tanah yang sangat deras.
“Risiko operasi kami jarang tunjuk, ada ketika kami tidak benarkan petugas ramai masuk ke ground zero ini”.
“Matlamat utama kami adalah untuk menemui mangsa.”
Ada juga yang berpendapat bahawa misi tersebut bakal menarik lebih banyak mangsa berikutan kawasan yang sangat berbahaya dan mahu operasi itu dihentikan.
Rata-ratanya mendoakan semua pegawai bomba dan juga anggota keselamatan yang terlibat dalam misi ini selamat dan dipermudahkan urusan dalam menemui mangsa.
Baca juga: Terkejut tengok gua batu kapur bawah Kuala Lumpur, perkongsian lelaki ini buat ramai kecut perut