Betul ke badan jemaah haji Malaysia berbau busuk? Peniaga di Mekah buka cerita

 Seorang peniaga dipercayai berbangsa Türkiye mendedahkan, jemaah haji dari Malaysia adalah yang paling dihormati, bahkan badan mereka tidak berbau seperti jemaah haji dari negara lain.

Memetik dari Kosmo!, melalui satu klip video daripada pemilik akaun Saiful Nang, ketika orang Malaysia membeli-belah di kedai peniaga tersebut, mereka memaklumkan berasal dari Malaysia sebelum peniaga itu mengucapkan ‘masya-Allah’.

“Mak saya pernah ke Mekah, dia berkata jika saya berkunjung ke sana, orang Malaysia adalah orang yang paling dihormati dan mereka tidak berbau busuk seperti jemaah lain.

“Badan orang Muslim dari negara lain kebanyakannya berbau, tetapi badan orang Muslim Malaysia lebih baik daripada bau badan orang Islam Türkiye.

“Saya ada ramai rakan Muslim dari negara Arab lain dan mereka akan memuji Muslim kami ( Türkiye) seperti dari Jordan, Lubnan. Mereka akan cakap Muslim kami lebih baik daripada mereka.

“Namun, kami pula cakap orang Islam dari Malaysia termasuk juga Indonesia, mereka lebih baik daripada kami,” jelas lelaki tersebut

baca: Ada kes suami mintak cerai! Isteri jangan ego, doktor kongsi 5 bau miss ‘V’ bermasalah