Betul ke UAI tak pandai cakap arab? Doktor ini dedah cerita sebenar

Pada awalnya saya pelik kenapa banyak posting pasal bercakap Arab.

Rupa-rupanya ia merujuk kepada video orang Arab bercakap Arab dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Menurut netizen, orang Arab itu ialah pensyarah UNISHAMS.

pensyarah UNISHAMS itu datang ke depan dan bertanya UAI,

“Apakah rahsia kamu dengan Allah sehingga Allah menjadikan kasih sayang kamu dalam hati hadirin hingga dapat mengumpul orang hadir seramai ini?

Tiba-tiba UAI menoleh ke belakang. Ada seorang jemaah sampaikan persoalan pensyarah UNISHAMS itu kepada UAI dalam Bahasa Melayu.

Mungkin situasi ini lah sesetengah netizen memperlekeh UAI bahawa beliau tidak pandai bercakap Arab.

pensyarah UNISHAMS itu bertanya dalam bahasa Arab Fusha dan bukan bahasa Arab pasar. Saya yakin UAI memahami persoalan pensyarah UNISHAMS itu dengan baik tanpa memerlukan terjemahan daripada jemaah tu.

UAI berkata, “Semua mereka ini dengan sebab keberkatan ibu bapa”

Jemaah di belakang bagitau kepada pensyarah UNISHAMS, “Haza min fadli umuri abawain” (ini adalah sebab kelebihan kedua ibu bapa).

pensyarah UNISHAMS itu berkata kepada UAI, “birrul walidain? (Berbakti kepada ibu bapa?)”

UAI membetulkan dengan berkata, “Barakatul walidain” (Keberkatan kedua ibu bapa).

Jika UAI tidak mahir bahasa Arab, bagaimana beliau boleh membetulkan percakapan pensyarah UNISHAMS tadi.

Kemudian pensyarah UNISHAM berkata, “Semenjak 8 tahun aku berada di sini, ini kali pertama aku lihat orang ramai datang, lelaki dan wanita, melebihi Solat Jumaat dan Solat Hari Raya.

“Perkara ini menunjukkan hubungan kamu dengan Allah. Apakah rahsianya? Supaya kami boleh ikut dan amalkan”

UAI menjawab,

“Ma fi sir. Kulluhum barakatul walidain.”

(Tiada rahsia. Semua mereka dengan sebab Keberkatan kedua ibu bapa).

Sebenarnya tiada isu pun dalam video ini kecuali golongan tertentu yang suka mencari point-point mempersenda ulama.

Netizen yang mencela UAI ini adakah mahir bahasa Arab? Adakah dia boleh membaca kitab Arab tanpa baris?Adakah dia sudah hafal tasrif 14?

Kelancaran bercakap Arab memerlukan praktis, suasana sekitar dan keupayaan individu.

Tidak menjadi dosa besar jika seorang ustaz tidak lancar bercakap Arab.

Pelajar yang belajar di Jordan pun tidak semestinya boleh memahami bahasa Arab lahjah Mesir.

Saya ada seorang kawan senior, beliau belajar di Jordan dan fasih berbahasa Arab Fusha. Dia pernah sebut bahawa dia ‘surrender’ dengan Bahasa Arab Mesir. Beliau berkata nasib baik dia belajar di Jordan dan bukan Mesir.

Orang yang belajar bahasa Arab di Malaysia apabila pergi ke Makkah pasti akan terpinga-pinga dengan percakapan peniaga-peniaga Arab di sana.

Kawan saya pensyarah universiti tempatan. Beliau lulusan Madinah dan fasih bercakap Arab Fusha.

Usai seminar di Jeddah, kami sewa hotel Pakistan, hotel murah di Makkah. Sekarang hotel itu sudah roboh.

Semasa beliau berurusan dengan pekerja hotel, beliau bercakap Arab Fusha sedangkan pekerja hotel bercakap Arab Pasar. Ini lulusan Madinah. Pelik bukan?

Adakah ia dosa besar? Tidak sama sekali dan tidak perlu saya sebarkan kepada kawan-kawan bahawa beliau kekok bercakap Arab Fusha.

Ia bukan satu keaiban sebab bukan semua orang mahir Bahasa Arab Fusha dan Bahasa Arab Pasar.

Contoh terbaik orang yang confirm boleh bercakap bahasa Arab sudah tentulah orang Arab sendiri.

Persoalannya adakah mereka boleh membaca kitab Arab dengan baik?

Tidak semua orang Arab boleh membaca dan memahami kitab Arab dengan baik.

Sebenarnya isu ini tidak perlu digembar-gemburkan sangat kecuali orang yang ada masalah hati!

Saya melihat isu ini berlaku kerana tok guru memulakan budaya memperli ulama maka anak murid turut sama mengikut sunnah tok guru mereka.

Orang kata jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari!

Pesan saya, jangan mencari guru yang kencing berdiri. Salam hormat.

Dr. Abdul Rahman A Shukor

21 Februari 2024

Baca: UAI dedah haram hukumnya anak dara tidur dengan patung- “Malaikat rahmat tak masuk rumah”