Beza umur 33 tahun bukan penghalang, anak murid nikahi guru sendiri

  • Post author:

Beza umur 33 tahun bukan penghalang, anak murid nikahi guru sendiri. Bibit pertemuan bermula di sekolah sebelum pasangan ini sah bergelar suami isteri. Sering menerima tohmahan daripada orang sekeliling, wanita ini tetap sabar dan bahagia di samping suami tercinta.

Menerusi video yang dikongsi, wanita ini menceritakan jarak umur dengan suaminya adalah 33 tahun. Difahamkan lelaki berkenaan merupakan gurunya ketika di bangku sekolah.

Video yang dikongsi berjaya mendapat hampir 1.4 juta tontonan di laman TikTok dan meraih perhatian ramai lapor OhBulan.

Rezeki pasangan ini apabila mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun lepas semasa hari ulang tahun yang pertama dan kini difahamkan sedang mengandung anak yang kedua.

Di sebalik kebahagiaan tersebut, wanita ini menceritakan dia pernah melalui satu tempoh sukar apabila dicerca, difitnah, dan dipinggirkan oleh orang yang berada di sekelilingnya.

“Perancangan Allah yang terbaik. Kebahagiaan sesebuah keluarga terletak pada perancangan Allah.

“Kita sebagai manusia tidak berhak menghukum. Kekayaan adalah rahsia Allah.”

Benarlah jodoh, ajal dan pertemuan di tangan Allah, siapalah kita sebagai manusia untuk mempertikai aturan yang sudah ditetapkan. Kalau sudah bahagia, biarlah mereka bahagia. Janji tak ganggu hidup orang.

Baca Juga: Baru dua bulan tamat latihan, doktor bius rogol wanita semasa pembedahan caesarean

Baca Juga: Afdlin Shauki buat pusingan U, jijik tidak beri lagi sokongan kepada kelab komedi TTDI