Memang ramai suami-suami moden sekarang yang kerap ditangkap oleh isteri apabila mereka mula menjalinkan hubungan dengan wanita lain dalam diam.
Lihat sahaja di media sosial, masalah rumahtangga bukanlah sesuatu rahsia lagi malahan ia menjadi masalah bagi semua pembaca yang menggunakan media sosial.
Namun bagi wanita ini, cinta yang kerap kali kunjung hanyalah dari suami orang dan kata kata dari golongan ini amat mencairkan hatinya hingga kerap diperbodohkan oleh suami orang.
Assalammualaikum buat pembaca. Aku hanya seorang gadis mentah. Aku menulis kerana aku hanya inginkan suatu semangat, untuk melangkah hari demi hari. Aku baru sahaja melangkah dalam usia 20-an.
Namun, kesucian aku telah ternoda. Atas nama cinta, aku merelakan segalanya pada dia yang sebenarnya suami orang. Titik perkenalan kami hampir setahun, namun disepanjang perkenalan itu. Aku tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang suami kepada sang isteri yang taat. Aku hanya mengetahui setelah kami terlanjur.
Pernah aku bertanya kepada dia, jawapannya ialah dia bujang. Bukan sekali aku bertanya, malah berkali – kali. Aku mengetahui kebenaran tersebut setelah bertanyakan kepada seorang kawan yang bekerja di tempat yang sama.
Dia berjauhan dari isterinya. Entah kenapa, aku tidak memahami. Jika punya isteri yang taat, mengapa harus mencari insan lain untuk berteduh kasih? Aku sangat menyesali segala perbuatan tersebut sehingga aku terlampau jauh berfikir dan depr3ssion. Aku seorang pelajar namun prestasi aku menurun kerana depr3ssion. Sedang aku belajar, tanpa aku pinta air mata menitis. Daripada titisan hingga berjujuran. Tidur aku sering terganggu sehinggakan roomate aku mengatakan aku sering meracau dalam tidur, aku sering menangis.
Aku juga pernah terfikir untuk menamatkan riwayat aku sendiri. Sebulan lebih aku begitu, sehingga lah aku berkenalan dengan seorang h4mba Allah ini. Baru sahaja seminggu usia perkenalan kami. Kami terus berjumpa namun tiada langsung rasa canggung antara kami.
Kami sering meluangkan masa bersama – sama. Sehingga lah seberapa detik, aku tanpa segan silu meluahkan rasa di hati. Katanya dia turut merasakan perkara yang sama. Dan pada malam itu juga, dia memberitahu aku perkara sebenar bahawa dia adalah seorang suami dan bapa kepada seorang anak.
Dia ditinggalkan oleh isterinya bersama anak kecil. Dan katanya juga, akan bercerai pada masa terdekat. Pada masa itu jujur, aku sedih. Aku sangat menyayanginya. Sebab sayang, aku buta akan status suami orang tersebut.
Hari demi hari aku menjadi tempat untuk meluahkan rasa, menenangkan jiwa yang lara. Aku selesa dengan keadaan begitu. Aku terlampau selesa sehingga aku pernah mengunjungi rumahnya. Dan, pada tanggal 18 Mac, iaitu hari pertama pkp.
Aku mendiami rumahnya. Kami tinggal berdua tanpa rasa takut akan Tuhan. Kami juga pernah bersama atas dasar cinta. Aku akui, aku juga terlampau bodoh. Aku telah menyesali perbuatan aku yang dulu. Namun di usia ini, nafsu aku juga bergelonjak.
Sebulan pertama aku di sana semuanya indah. Aku dilayan sangat bagus, perkataan terima kasih tidak pernah lekang dari bibirnya. Aku berjanji untuk sentiasa menjaganya, memasak, kemas rumah bahkan baju semua aku uruskan. Tanpa minta balasan. Aku ikhlas, sungguh ikhlas.
Bagi aku, perempuan yang tidak menghargai insan sebaik dia adalah bodoh. Aku tahu dia terluka, aku cuma ingin dia rasa dihargai dan disayangi sebagaimana yang selayaknya. Katanya, dia tidak pernah dilayan sebegitu. Tiap hari, dia memuji masakan aku sedap.
Tiap hari juga, selepas turun untuk bekerja dia akan bertanyakan khabar aku di rumah walaupun dia sibuk bekerja (frontliner). Langit tidak selalunya cerah, pantai tidak selalunya tenang. Maka, mimpi indah bertukar ngeri apabila dia, sang isteri mula muncul kembali (dalam chat) setelah berbulan menghilang atas dasar duit.
Oleh sebab kasih akan anaknya, dia tidak sanggup untuk diblock semula oleh sang isteri. Dia melayan isteri setiap saat. Tidak lekang dari telefon pintar. Setiap kali si isteri bervideo call, aku terp4ksa menyorok. Aku menangis dalam diam. Namun tetap semua kerja aku di rumah, aku buat.
Tidak pernah aku meluah tentang apa yang aku rasa. Tidak juga merungut. Bahkan, bukan sang isteri sahaja dilayan dengan bagus. Ada juga perempuan lain yang sering berwhatsapp. Bila ditanya perempuan tu siapa, katanya kawan. Dan aku juga kawan.
Ya, hati aku r3muk. H4ncur. Rasa ditusvk. Sebeginikah melayan seorang kawan hingga ke atas katil? Aku sering bermonolog sendiri. Tidak cukupkah perhatian dan kasih sayang aku beri? Tidak cukup kah aku berkorban untuk kebahagiaan dia?
Kenapa mesti ada insan lain? Hari demi hari aku merasakan dunia aku sem4kin kelam. Genap 2 bulan di sana, aku mendapat pelepasan untuk balik ke tempat asal aku. Aku bahagia. Aku berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menghubunginya lagi.
Namun, aku kesian. Aku takut, disaat dia jatuh tiada insan yang akan menemaninya. Sebagaimana aku pernah menyaksikan jatuhnya air mata seorang lelaki disebabkan seorang isteri. Rasa sayang aku terlampau kuat disusuli rasa kesian aku.
Ya, aku setia di sisinya. Dan mengharapkan satu perhubungan yang halal. Hari demi hari, perhubungan kami m4kin renggang. Dia sering mendiamkan diri. Dan aku juga tahu dia sudah menemui perempuan lain. Namun kasih itu sungguh besar. Aku setia. Aku inginkan satu kepastian.
Dan kata akhirnya adalah, “aku tidak inginkan suatu perkahwinan lagi. Cukuplah, dia perkahwinan pertama dan terakhir aku. Cukuplah dia perempuan yang aku sayang. Aku tr4uma. Dan kau seharusnya tahu membezakan antara layanan yang baik dan cinta.”
Tanpa dia sedar, dia telah membuat aku tr4uma. Tr4uma sehingga aku depr3ssion lagi. Bagi aku, dunia ini terlampau k3jam. Di mana silap aku? Sehingga aku diperlakukan sedemikian. Mengapa suami orang yang mendekati aku?
Sumpah, semua ini terlampau s4kit untuk aku jalani sendirian. Aku juga cuba mendekatkan diri dengan Dia, Yang Maha Besar. Aku malah cuba untuk redha. Namun, semua terlalu berat untuk insan sekerdil ini. Tuhan, kuatkanlah Jiwaku!
Aku hanya inginkan kata semangat untuk meneruskan perjuaangan ini kerana aku rapuh dan ingin sahaja berputus asa. Aku akui, aku pernah hidup dalam gelumang dosa aku ciptakan sendiri. Aku kotor. Aku jijik. Aku bodoh.
Dan, andai anda ingin mengecam perbuatan aku. Aku tidak menyalahkan mana mana pihak. Ya, silap aku sendiri. Kerana niat aku tidak menghalalkan cara. Aku menjaga dia yang sudah tentunya bukan milik aku. I want to fix him, but he broke me down instead. Deuddz’s (Bukan nama sebenar)
Baca juga: 4 kes kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak di Malaysia, yang no 2 tu paling menyayat hati