Masalah kemiskinan tegar yang membelenggu negeri Sabah bakal dinoktahkan sebelum akhir Julai ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyatakan bahawa anggaran baki kemiskinan tegar yang tinggal hanyalah kira-kira 9,000 keluarga.
Ia adalah usaha sama berterusan antara kerajaan negeri dan agensi Persekutuan dalam menyelesaikan permasalahan tersebut
Katanya, perkara itu menjadi keutamaan kerajaan kerana beliau tidak mahu rakyat negeri ini terus dibebani kesukaran hidup akibat masalah kemiskinan tegar.
“Sekarang tinggal 9,000 miskin tegar dan kita mahu menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah, sebelum akhir Julai 2024.
“Ini keutamaan kita. Kita boleh bincang pelbagai hal tetapi anak kita tak cukup makan. Ini tanggungjawab kita untuk menyelesaikannya,” katanya pada Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2024, di sini, hari ini.
Anwar juga menyatakan komitmennya dalam memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan juga elektrik yang masih menjadi masalah utama di negeri itu.
Baca juga: Tular gambar PMX kerja keras bangunkan negara, tapi ini pula yang netizen perasan