Biarpun di usia 63 tahun cintanya pada balet tetap utuh, akhirnya tukang sapu ini jadi penari balet

Biarpun usia 63 tahun cintanya pada balet tetap utuh akhirnya tukang sapu ini mengotakan janjinya mahu menjadi penari balet.

Di usia 53 tahun dia memutuskan untuk mengejar impiannya itu dengan menyertai kelas tarian sehingga berupaya menjadi penari profesional walaupun pada usia lanjut.

Liu Ziqing dari Beijing, meminati balet sejak kecil selepas menonton pertunjukan The Red Detachment of Women pada awal 1960-an lebih 10 kali, tetapi tidak pernah berpeluang untuk mempelajari seni tarian itu.

“Saya berkeinginan untuk menari sejak dari kecil. Pada suatu hari, saya melihat kursus latihan asas balet di televisyen dan tercetus idea bahawa saya harus cuba belajar menari.

“Dahulu saya ada masalah perut. Selepas menari dengan kerap sejak sedekad lalu, masalah itu semakin hilang.

“Apabila saya berada di dalam kelas, saya juga hampir terlupa tentang umur saya, seolah-olah saya menjadi muda semula. Saya kini dapat melakukan apa yang sudah lama saya inginkan ketika masih muda dan merasa gembira dengan usaha ini,” katanya.

Membesar dalam keluarga miskin di sebuah kampung berhampiran Baotou, tumpuan utamanya adalah membantu menambah pendapatan keluarga dan dia akhirnya bekerja sebagai pembersih jalanan untuk memenuhi keperluan hidup.

Ziqing berkata, dia kadangkala terpaksa tidur dalam posisi menekan kaki untuk meningkatkan kekuatannya, tetapi itulah pengorbanan yang sanggup dilakukan dan dia tidak mempedulikan ejekan orang ramai tentang minatnya itu.

Baca juga: Di tengah-tengah peperangan, Mercedes-Benz bagi RM6 juta kepada Israel