Biarpun dulu sahabat kini bergelar ibu tiriku, dia tetap dipanggil dengan nama

Miskipun dulu dia merupakan seorang sahabat kini dia bergelar ibu tiriku malah aku tetap memanggil dia dengan panggian nama.

Remaja perempuan bernama Silva Nabila Dwi Andini, 19, berkongsi gambar di media sosial dia bersama bapa dan ibu tirinya yang juga rakannya.

Kini beliau menjadi perhatian pengguna media sosial Indonesia kerana memiat naik gambar perkahwinan di aplikasi TikTok, lapor portal berita Wolipop hari ini.

“Ibuku adalah sahabatku,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Namun, walaupun kini sudah bergelar ibu tirinya dia tetap memanggilnya dengan panggilan nama.

Silva dan ibu tirinya itu merupakan rakan sekolah, namun berada dalam kelas berbeza. Mereka bagaimanapun pernah bersahabat baik ketika kanak-kanak.

Kami menjadi rakan selepas bapa pengantin perempuan (ibu tiri) sering membawa dia ketika bekerja dengan bapa saya dahulu dan kami sering bermain bersama-sama dan menjadi rakan baik

Namun, persahabatan mereka tidak bertahan lama kerana terputus hubungan, namun bertemu semula ketika bersekolah rendah.

Sepanjang persekolahan, kami tidak bertegur sapa sehinggalah dia mengetahui bapanya mahu berkahwin dengan rakannya itu pada 10 Julai lalu.

“Sudah pasti saya terkejut, namun tidak menghalang perkahwinan mereka,” katanya yang kini tinggal bersama ibu kandungnya selepas wanita itu bercerai dengan bapanya.

Baca juga: Diminta gali telaga sebab air tak ada, lelaki terkejut nak kena saman RM300,000 oleh Air Kelantan