Murid sekolah angkat kerusi raih perhatian ramai, rupanya itu fungsi sebenar lubang pada kerusi. Murid sekolah memang ada bermacam ragam. Sebab itulah bukan mudah nak jadi cikgu sebab tanggungjawab seorang guru ni memang mencabar.
Namun, seorang murid sekolah rendah di Sarawak baru-baru ini telah dipuji netizen kerana dia menggunakan cara genius dan lain daripada yang lain untuk mengangkat kerusi dan meja sekolah sekali gus.
Gelagat murid sekolah itu mengangkat kerusi dan meja sekolah itu telah dikongsikan oleh gurunya yang dikenali sebagai eilleenjck di TikTok baru-baru ini.
Menurut cikgu tersebut, murid-murid sekolah itu pada mulanya diminta untuk mengangkat meja dan kerusi mereka sendiri untuk dipindahkan ke bangunan kelas baru.
Namun, seorang murid perempuan pula telah menjadi perhatian pendidik itu kerana dia memutuskan untuk mengangkat meja dan kerusinya sekali gus kerana tidak mahu berulang alik sebanyak dua kali untuk mengangkat perabot sekolah itu.
@eilleenjck Cerita Pagi ini 11.12.23. Semua murid di minta untuk mengangkat meja dan kerusi sendiri ke bangunan kelas baru. Disebalik cara angkat kerusi yang biasa saya lihat ini ada anak murid yang bijak idea daripada yang lain 🤗😍 Orang lain ada 1/2 kali pusingan bawa kerusi, meja dan beg mereka secara asing-asing. Manakala, dia sekali angkat terus siap 🤭 Bukan ini sahaja yang perangai dia ini pelik daripada yang lain. Banyak lagi benda yang dia buat pelik2 tapi semuanya masuk akal 😁 Cikgu terpaksa simpan ini di sini sebab terlalu precious moment ini klau hilang. Boleh la kmu tengok balik suatu hari nanti. Memang kamu murid yang kreatif la anak 🤗 Cikgu doakan kamu berjaya suatu hari nnti dengan kreativiti yang ada dalam diri kamu 🙏🏻 #preciousmoments #Tahun3 #Awik #Kreatif#FyP#ourstory #Murid-muridbijak#trend#skairportbelaga#pedalamansarawak ♬ original sound – Elle
Dalam video yang dikongsikan di platform TikTok itu, dapat dilihat murid perempuan itu mengangkat meja seperti biasa namun kerusi plastik pula telah disangkut pada beg galasnya yang disandang agar kedua-dua perabot itu dapat dipindahkan sekali gus.
Guru tersebut juga memuji bahawa idea anak muridnya itu memang bijak dan lain daripada yang lain.
Cikgu Eileen juga mengatakan beliau memutuskan untuk berkongsi video itu di TikTok kerana baginya sayang jika momen berharga sepanjang dirinya berkhidmat sebagai seorang pendidik itu hilang.
Rata-rata warganet juga memuji kreativiti murid sekolah tersebut kerana ramai yang tak terfikir nak buat perkara tersebut ketika diarahkan untuk memindahkan kerusi meja sekolah ketika zaman sekolah dulu-dulu.