‘Bijak tuan rumah ni halang banjir guna bag pasir’

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Umum mengetahui negeri di Pantai Timur telah dilanda banjir buruk yang mengakibatkan banyak rumah ditenggelami air.

Sejak semalam juga, oang ramai mula berkongsikan beberapa video keadaan di sana dan yang paling menarik perhatian adalah video yang memaparkan situasi banjir dihadapi penduduk di Kg Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan.

Agak mengejutkan apabila video itu memaparkan sebuah rumah tidak dimasuki air gara-gara kebijaksanaan tuan rumah tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan orang awam, pemilik rumah berkenaan dipercayai telah membuat benteng daripada beg pasir yang telah menghalang kemasukan air ke rumahnya meskipun keadaan banjir boleh dikatakan agak teruk.

Video berkenaan kemudian telah mendapat perhatian page MatGeo yang sering membincangkan tentang isu cuaca dan geografi negara dan telah memuji tindakan tuan rumah tersebut sebagai bijak.

Menurutnya di Facebook, beg pasir adalah antara salah satu kaedah yang pernah disaran ketika banjir melanda Selangor dua bulan lepas.

Malah penggunaan beg pasir juga dikatakan sangat mudah, tidak rumit dan ia digunakan di seluruh dunia sejak dulu lagi dalam menahan air banjir.

Penggunaan beg pasir yang pernah disaran di sini ketika banjir Selangor dua bulan lepas depan pintu rumah dala

“Beg pasir digunakan seluruh dunia sejak dulu dalam menahan air banjir kerana butirnya yang berat, tindannya yang ‘grip’, dan apabila menahan air, ia menjadi lebih berat dan mencengkam antara satu sama lain atas bantuan pasir yang basah dan menghalang tiris,” jelasnya.

“Rumah ni dari dulu lagi dia wat gini”

Selain itu, netizen lain di ruang komen juga memuji tindakan tuan rumah ini yang disifatkan sebagai ‘sediakan payung sebelum hujan.’