“Bila atuk meninggal, makcik langsung taknak tukar nama tanah yang dikongsi dengan mak sampai sanggup makan harta anak yatim..”

Bicara tentang harta anak yatim ini, banyak cerita cerita bagaimana penjaga yang diamanahkan menjaga harta ini membolot dan menggunakan ia untuk kegunaan diri sendiri.

Mereka beranggapan harta tersebut perlu dikongsi dan perlu digunakan kerana anak yatim tersebut masih kecil dan tidak tahu menahu tentang hal tersebut.

Wanita ini menceritakan kisah ibunya yang dianiaya oleh adik beradik kandung hanya kerana tamakkan harta yang telah diberikan oleh bapa mereka.

Assalamualaikum, mula-mula sekali tujuan saya share cerita di sini sekadar untuk dijadikan pedoman. Rasanya kisah tanah dan harta pusaka ni terlalu biasa jadi duri dalam daging keluarga melayu.

Kisahnya ibu kandung saya sendiri yang diani4ya oleh kakak kandungnya sendiri kerana tanah pusaka keluarga. Kakak ibu saya ni saya panggil dia Makcik Jah la ye, Jah untuk jahat. Dia dalam keluarga memang antara yang paling kaya antara adik beradik, ada rumah besar di kuala lumpur, anak yang kerja pangkat tinggi.

Jadi dalam adik beradik memang disegani dan dijunjung lah kiranya. Ibu saya pula, orangnya jenis adik bongsu manja tahap dewa. Dia memang sikit-sikit kakak-kakak dia, tak cukup kakak sendiri ambik kakak angkat bagai. Dia memang suka meramaikan silaturrahim lah.

Tapi saya perasan ramai sangat dalam keluarga besar saya yang macam tak berapa suka ibu saya. Terutamanya keluarga kakak dia sendiri. Masa kecik saya andaikan kerana per4ngai ibu saya yang suka havoc, suka memeriahkan suasana. Tapi rupanya kenyataan lebih hitam dari itu

Selama ini, rahsia mengenai tanah pus4ka yang jadi punca keluarga makcik jah bencikan ibu. Sebenarnya sewaktu ibu saya kecil, makcik jah mahu gunakan tanah pus4ka untuk membeli tanah lain (tanah pus4ka dibahagi dua dengan ibu saya).

Oleh kerana mahu menyenangkan urusan, arw4h atuk tidak meletakkan nama ibu saya di dalam geran tanah tetapi berkali-kali mengingatkan makcik jah untuk meletakkan kembali nama ibu saya di dalam geran itu. Bila ditanya bila mahu meletakkan kembali nama, makcik jah hanya suruh ibu saya belajar dan dia akan uruskan hal itu.

Berpuluh tahun kes ini sampai masing-masing dah tua ada anak cucu tetap makcik jah tidak buat seperti yang diamanahkan. Sampailah kami semua dapat tahu, makcik jah dengan berani meletakkan nama anak sendiri di dalam geran itu tanpa menyelesaikan isu nama ibu saya.

Kami semua memang sudah lama redho dan abaikan kes ini sampai lah pakcik saya (abang kepada ibu saya) dapat tahu. Baru lah saya nampak sisi sebenar makcik Jah, betapa selama ini dia memburukkan nama ibu saya supaya semua orang benci ibu saya dan akan membiarkan dia membolot tanah tersebut sendiri.

Makcik Jah boleh buat drama dengan pakcik saya, siap berlakon s4kit semata-mata tidak mahu berikan kembali hak ibu saya. Depan mata saya makcik jah dengan suaminya mengarahkan ibu saya menutup mata dan biarkan hal tanah ini kerana fikirkan arw4h nenek yang telah meninggal.

Malah makcik jah sengaja keras hati playing victim dan buat macam ibu saya bersalah. Dia menuduh ibu saya tamak dan busuk hati, sedangkan yang sudah menggunakan geran tanah berpuluh tahun untuk membuat harta dia dan keluarga dia sendiri

Saya dari pada redho dan pasrah, rasa tak mampu untuk menghalalkan semua yang sepatutnya jadi hak saya yang diambil oleh makcik Jah. Selepas kes mereka play victim, saya mengH4RAMkan semua yang sepatutunya jadi milik mak saya, dan lebih parah lagi saya dan adik beradik sebenarnya anak yatim.

Boleh kira mereka makan harta anak yatim Dan balasan yang mereka dapat boleh dik4takan dasyat juga. Mereka sekeluarga ditimpa masalah bertalu – talu, ada anak yang s4kit tak pulih – pulih, ada anak yang masalah suami isteri, makcik jah sendiri s4kit dan sukar pulih tapi pada makcik Jah, dia LANGSUNG tidak bersalah.

Sebenarnya ada satu kejadian yang buat saya tegar untuk ceritakan kisah ini di sini tapi macam panjang pula. InsyaAllah ada rezeki saya sambung lagi kisah keluarga saya yang mendukacitakan ini

Sambungan.. Kisah agak panjang dan saya cuba untuk cover banyak angle sebenarnya. Tapi janji ni last, saya pun bukan acah – acah suka nak buat siri berdrama sampai 800 episod ni takde niat macam tu pon. Post haritu saya ada mention saya nak bagitahu satu peristiwa yang buat saya dan keluarga saya betul-betul s4kit hati dan tergurls dengan keluarga si makcik Jah ni.

Peristiwa ni adalah susur galur daripada makcik Jah punya menantu. Dia merupakan satu -satunya ahli keluarga makcik Jah yang sangat baik dan jaga ibu saya. Saya namakan menantu dia abang B for baik. Abang B ni sangat baik dan rapat dengan ibu saya.

Dari kami kecik apa aje masalah, dia pasti bantu. Walaupun ahli keluarga yang sed4rah sebenarnya adalah isteri abang B, tapi abang B lebih rapat dengan kami berbanding isterinya. Dia sendiri tahu kes pasal mak mentua dia yang ani4ya ibu saya dan penah berjanji untuk membeli tanah tu untuk diberi kepada ibu saya kerana tahu ibu saya tak bersalah,

Namun, Allah lebih menyayangi orang-orang baik, dia meninggal kerana cOvid masa cOvid mengg4nas dulu. Dalam keluarga abang B, hanya anak lelakinya seorang sahaja yang baik seperti abang B. Anak-anak perempuan dia semua benci ibu saya, manakala isterinya pula biasa-biasa aje dengan ibu saya.

Beberapa bulan selepas abang B meninggal, anaknya pula mahu berkahwin. Saya bagi gelaran anaknya ini G aje. G ni antara yang paling benci ibu saya. Ibu saya tahu tapi demi mengenangkan jasa arw4h yang terlalu banyak, ibu saya pejam mata dan cuba untuk membantu majlisnya mana yang boleh.

Macam-macam ibu saya buat demi majlis G walaupun tiada yang menghargai. Dari majlis nikah, sanding sampai la ke majlis belah lelaki ibu saya pergi. Majlis di belah lelaki inilah si G membalas d3ndam kesumat dia pada ibu saya.

Memang ketara niat dia mahu memalukan ibu saya di hadapan semua kaum kerabat kami. Di majlis itu, susunan meja diatur mengikut pangkat dalam keluarga. Mereka yang pangkat nenek, makcik makcik akan diberikan meja hadapan untuk memudahkan tepung tawar.

Jadi sepatutnya ibu saya satu meja dengan makcik Jah, kan? Tidak ye. Si G yang gila ni, letakkan ibu saya di meja paling belakang, di bahagian mereka – mereka yang tidak penting, tidak diperlukan kiranya. Mereka yang beri susunan memaklumkan pengantin gila itu yang mahu ibu saya duduk di situ.

Mulanya ibu saya mahu balik aja, hati betul-betul tergurls tapi kakak kepada abang B memohon agar ibu saya teruskan masuk demi abang B. Sepanjang majlis kakak baik ini genggam tangan ibu saya, menemaninya sepanjang majlis si gila itu. Sewaktu majlis sedang berlangsung,

Tiba-tiba kakak kepada si G ni, saya namakan k for Kudis, panggil ibu saya untuk tukar meja dan duduk di meja bersama makcik Jah (ramai ahli keluarga kami sudah mengata – ngata mereka). Ibu saya yang sudah tergur1s dan s4kit hati hanya menolak.

Si Kudis ni boleh menjerkah ibu saya dan mem4ki ibu saya di hadapan kesemua ahli keluarga kami dan ahli keluarga belah lelaki. Ibu saya diam dan tahankan lagi sampai dia pulang. Esoknya, makcik Jah telefon ibu saya dan macam biasa, makcik jah ni play victim dan kata dia tidak tahu menahu si gila mahu buat begitu kepada ibu saya.

Ibu saya yang sudah bertahan berpuluh tahun, menghamburkan kesemua kecewa dia kepada makcik jah. Dia bagitahu dia tidak menyalahkan gila sepenuhnya kerana gila ni dimomokkan dengan cerita tipu yang direka makcik jah sendiri.

Andai makcik jah bagitahu kisah sebenar, mungkin benci dia tidak sampai begitu sekali. Apa respon makcik jah yang tamak haloba ini? Macam biasa, play victim dan menyalahkan ibu saya kembali. Saya betul-betul ingat saya sudah tidak perlu tengok keluarga jahat ini lagi namun, Allah memang mahu menduga kami semua.

Suami kepada makcik jahat ni s4kit, sudah lama sebenarnya. Saya yakin ini merupakan salah satu daripada kifarah dia kerana, dia sama-sama dengan makcik jahat untuk mengani4ya ibu saya. Lama juga dia terlantar dan selepas kes si gila malukan ibu saya, dia meninggal.

Kami dapat tahu pun daripada pihak keluarga jauh yang beritahu. Makcik jah sikit pun tidak memaklumkan kepada ibu saya walaupon kami lebih dekat dengan mereka, memang salah satu cara dia mahu meny4kitkan hati ibu saya.

Makcik jah ni boleh memaklumkan berita kem4tian suaminya kepada rakan dia di negeri lain, daripada ibu saya yang merupakan d4rah daging dan duduk satu taman dengannya. Ikutkan hati saya langsung tidak mahu tengok lagi keluarga mereka tapi memikirkan fardu kifayah, saya bawa juga ibu saya ke pengkebuumian arw4h.

Seperti yang diagak, memang mereka tunjuk habis benci mereka pada ibu saya dia pengkebuumian, namun saya dan ibu hanya menghadiri dan pulang selepas jen4zah selamat dikebuumikan. Malam yang sepatutnya tahlil, langsung tidak mereka maklumkan jauh sekali untuk mengajak ibu saya.

Kami memang sudah redha dan pasrah dengan keluarga ni. Saya mulanya pelik kenapa si gila ni marah sungguh dengan ibu saya, rupanya semua berpunca dari lepas makcik jah beri tanah itu kepada anaknya. Anaknya yang diberi tanah ni, saya beri gelaran S, memang jenis manusia angkuh.

Bila ibu saya minta bahagiannya, dengan bongkak dia minta ibu saya bayar separuh kerana dia mampu untuk mengadakan separuh bahagian dia juga. Ibu saya marah kerana ini memang tidak adil untuk ibu saya sedangkan makcik jah sudah menggunakan tanah itu berpuluh tahun tanpa mengeluarkan satu sen pun.

Adik saya masuk campur hal itu dan tiba-tiba si gila ni mem4ki ibu saya depan adik saya. Silap besar sebab adik saya yang pangkat pakcik pada dia memarahi dia sebab kurang ajar dan masuk campur hal orang tua. Sikit lagi si gila ni makan pen4mpar adik saya.

Jadi apa kesalahan ibu saya? Sebab ibu saya tidak pert4hankan si gila ni dari kena marah dan hampir disep4k adik saya. Itu punca dia benci dan d3ndam dengan ibu saya. Mesti ramai sebenarnya mahu tahu apa lagi kifarah yang diterima keluarga yang makan harta anak yatim ni kan?

Saya sebenarnya perasan masalah bertimpa yang mereka alami selepas saya sendiri maklumkan yang saya mengh4ramkan setiap sen yang sepatutnya menjadi hak saya. Sumpah, lillah, saya dan keluarga saya sebenarnya lama dah redha dengan makcik jah bolot kesemua tanah tu tapi bila mereka sampai membenci dan mengh1na kami begini.

Tidak cukup nak bolot tanah, nama baik mak saya pon dia nak musn4hkan juga, saya memang tak mampu nak maafkan. Betapa busuknya hati makcik jah ni. Tapi Allah maha adil. Makcik jahat ni sendiri memang s4kit, suami yang sama-sama teammate dengan dia untuk hina mak saya depan mata saya, tiba-tiba je s4kit sampai terlantar bertahun di katil.

Padahal kalau orang kenal orangnya, dia sangat menjaga kesihatan tapi kuasa Allah tiada siapa boleh menyangkal. Makcik jahat juga kehilangan beribu ringgit kerana dicuri orang yang menjaga suaminya. Salah seorang anaknya, yang sangat aktif, s4kit sampai sukar mahu berjalan walau pelbagai rawatan dan terapi dibuat.

Ada seorang anaknya pula, s4kit teruk sampai kurus kering, bercerai dan hidup kesorangan. Anaknya yang dia beri nama untuk tanah pula, suami isteri masing-masing ada orang ketiga dan dia ni langsung tidak hormat pada makcik jah.

Sepanjang ayahnya terlantar s4kit sikit pon dia tidak membantu menjaga mahupon ambil berat. Kebanyakan anak kepada makcik jah ni memang langsung tidak ambil berat tentang dia dan paling hebat sekali, kesemua cucu dia menjadi manusia paling kurang ajar, sombong dan bongkak.

A bit cliche tentang cucunya kerana, sewaktu saya kecil ibu mereka pernah marahkan saya dan adik saya kononnya kami tak baik, kurang ajar, kena ajarlah maklumlah, kami tiada ayah kan. Jadi apa kami buat semua tak kena.

Tapi sekarang anaknya sendiri jauh lebih kurang ajar dan biadap dengan orang tua. Kalau ikut logik sepatutnya orang akan sedar dan taubat selepas pelbagai benda buruk jadi dalam keluarga namun pada makcik jahat ni, dia sikit pun tak salah tentang tanah ni, salah besar kalau ibu saya atau sesiapa ungkit.

Bila hati sudah hitam dek kerana makan harta h4ram begitulah buta mata buta hati. Mungkin ada yang akan pertikai ibu saya, betul ke arw4h atok berikan separuh kepada ibu saya? Percaya la suatu ketika dulu saya pun pernah fikirkan benda yang sama namun, Allah maha kuasa, salah seorang keluarga saya tiba-tiba minta kebenaran ibu saya untuk membeli tanah itu.

Ibu saya beritahu itu bukan tanah kami, itu milik makcik jah. Namun saud4ra ibu saya itu menegaskan separuh dari tanah itu hak ibu saya. Maknanya, bukan ibu saya sahaja yang tahu tentang perjanjian itu, kesemua adik beradik sebenarnya tahu.

Namun kerana takutkan makcik jahat, mereka semua mendiamkan diri dan membiarkan makcik jah mengani4ya ibu saya. Yang benar-benar fight untuk ibu saya hanya abang – abangnya sahaja namun, mereka juga sudah menghadap ilahi.. Semoga syurga buat mereka.

Maaf andai cerita kucar kacir, maaf juga penggunaan nama yang kasar, maaf sebab saya manusia biasa tak mampu dah nak bagi nama baik-baik untuk manusia yang buat terlalu jahat kepada ibu saya. Semoga kisah ini bermaanfaat hendaknya.

Saya akui, salah satu tujuan saya menceritakan kisah ini agar mereka yang berkenaan tahu cerita sebenar dan sedar orang tua mereka sendiri yang sebenarnya membuat onar tentang hal tanah ini. Semoga belum hitam lagi la hati mereka hendaknya – Yang penat (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Pelik! Hanya tayang ‘bulu ketiak’ di media sosial, wanita ini mampu raih pendapatan RM47,000 sebulan