Bila Sharnaaz Ahmad dikritik peminat fanatik KPOP-‘Spender pun mak beli’

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad mengundang perhatian ramai apabila diserang seorang pelajar sekolah dipercayai peminat KPOP.

Menerusi satu ruangan komen, remaja tersebut meminta Sharnaaz supaya melihat diri sendiri di cermin. Remaja itu turut menggunakan bahasa yang kurang sopan iaitu bab*.

Pelakon filem Polis Evo 3 ini berkata, apa yang ditulis remaja tersebut adalah contoh sikap fanatik KPOP yang keterlaluan.

Ni lah contoh yang aku cakap budak-budak fanatik KPOP spender (seluar dalam) pun mak beli, handphone pun mak ayah top up.

Sharnaaz meminta sesiapa yang mengenali ibu bapa remaja tersebut supaya menyampaikan salamnya. Pelakon ini mengucapkan tahniah kerana mempunyai seorang anak yang hebat.

Lebih win lagi, Sharnaaz tidak membalas kritikan paras rupa yang dilemparkan remaja itu. Sebaliknya, dia yakin remaja itu akan membesar menjadi gadis yang cantik.

Baca juga: PRK Kemaman, mahkamah membatalkan kemenangan kerusi Pas