Kata orang sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Perumpamaan ini sangat sesuai dengan kisah yang dikongsi kali ini di mana menyesalnya seorang suami kerana menceraikan seorang isteri demi untuk bersama perempuan lain. Ikuti kisah ini.
Assalamualaikum wbt. Namaku Anis. Ibu tunggal untuk 2 cahayamata. Baru sahaja memegang status itu pada bulan Januari lepas. Banyak yang ingin aku kongsikan pada pembaca kali ni. Semoga ada pengajaran yang terselit di sini untuk kalian semua.
Bekas suami aku menceraikan aku kerana mabuk cinta dengan pelatih junior di tempat kerjanya. Bekas suami merupakan penjawat awam. Aku namakan dia dengan nama Nazrul biar kalian faham jalan cerita ini. Wanita yang digiIakannya bernama Ara. Berusia 25 tahun.
Tahun ini penuh ye dengan cerita suami disondol. Tak sangka aku dan anak-anak juga mangsa kekejaman sondolan itu hahaha. Kami mengharungi alam perkahwinan selama 9 tahun. Anak sulung lelaki aku kini berusia 8 tahun. Aku sekitar 32 tahun sekarang manakala bekas suami 36 tahun.
Dalam perkawinan kami langsung tiada masalah. Bekas suami prihatin tentang kebajikan aku dan anak-anak sehingga awal tahun lepas selepas aku dapat hidu perbuatan mereka berdua. Petanda kecurangan itu bermula ketika suami banyak bermain handphone ketika di rumah sambil tersenyum macam kambing tua dah nak arwah kena aqikah.
Saat suami tertidur pulak banyak dentingan pesanan whatsapp dan panggiIan tak terjawab di handphone miliknya. Aku pelik. Aku cuba buka tapi handphone Nazrul memakai password. Aku yakinkan diri mungkin berwhatsapp dengan kawan-kawannya.
Kali kedua, kantoi ketika Nazrul berkata ada trip lawatan kerja ke langkawi. Aku izinkan dia pergi kerana kepercayaan yang aku letakkan padanya tapi ternyata salah bila salah seorang kenalan aku terserempak dengannya berpimpin tangan sedang menunggu cable car dengan seorang wanita.
Perasaan aku ketika itu Allah, bergetar segala tulang dalam tubuh aku. Aku tak langsung bertanya ketika itu. Aku tunggu sehingga dia pulang. Bila dia dah pulang, habis terbang segala pinggan mangkuk. Aku perIukan jawapan.
Mulanya dia berbohong. Kata ketika itu hujan, untuk masuk ke cable car harus pegang tangan penumpang lain untuk elakkan tergelincir. Dia fikir aku sejenis memerang? Senang diperbodohkan? Oh ye, aku bukan jenis wanita yang lemah lembut yang naif yang senang kena Iempang kena pukuI.
Sebelum dia pukuI aku meh sini aku yang smackdown dia dulu, biar berterabur segala tulang dia. Dia ceritakan wanita itu pelatih di tempat kerjanya. Dah lama kenal. Dah lama mabuk cinta. 6 bulan katanya. Kiranya banyak yang aku tak tahu yang aku dah ditipu selama itu.
Aku ketika itu Ya Allah langsung tak menangis. Aku cuma menahan marah. Aku cuba sedaya upaya tak nak anak anak dengar pergaduhan besar itu. Malam itu aku bertanya pada suami pilih aku atau dia. Jawapan suami, dia mahukan poligami. Dasar tenuk betol.
Aku macam baiklah, kau ceraikan aku. Malam tu jugak dia ceraikan aku tanpa ada sesi pujuk memujuk hahaha. Tak guna kan? Bulan februari tahun ni mereka berkawin. Aku bukan jenis block memblock ye. Aku cuma perati je kebahagiaan mereka.
Takpela janji nafkah anak-anak tak culas. Rumah ni pun atas nama aku jadi dia tak boleh buat apa-apa. Kereta memang milik dia tapi dia serahkan untuk aku guna atas keperluan anak-anak. Aku pulak tipulah kalau tak sedih tapi entah la bagi aku sekali kau dah kena sondol selamanya kau spesis oink oink dalam hidup aku hahaha.
Isteri baru Nazrul kemain show off kat media sosiaI mereka bahagia. Bercuti, berpuasa dan raya berdua. Ootd dengan kambing tua tu. Aku bukan stalk ye tapi biasalah nak jugak sakitkan hati sendiri tengok bekas suami bahagia dengan pucuk muda.
Lepastu aku yang sakit hati sendiri. Perempuan biasalah stalk dan skodeng itu berpisah tiada hahaha. Aku ni beraya tahun ni baru nak salam suami tengok-tengok suami dah tak ada hahaha. Sedih. Tapi kan sini aku nak bagitahu, suami kau baru je whatsapp aku semalam tau. Alasan nak videocall dengan anak-anak. Aku tak baIas.
Dia chat lagi dia cakap aku sombong, aku sekarang dah makin cantik bergaya. Apa dia ingat aku tak tahu jalan ke watson ke sephora semua tu? Dulu memang la aku ni berkemban je kat rumah nak melayan dia seekor dengan anak-anak lagi.
Ajak keluar cakap penat, ajak bercuti cakap sibuk. Sekarang aku nak ke mana-mana dah tak ada siapa boleh larang. Dia cakap lagi beza layanan batin antara aku dengan kau. Dia tak puas. Kau cepat sakit katanya. Masa aku baca chat ni aku rasa macam nak carik-carik je isi badan si Nazrul ni buat mee soto.
Katanya lagi bini baru ni tak pandai masak kena beli luar hari-hari. Pemalas lagi. Kerja rumah basuh kain baju pinggan mangkuk Nazrul sendiri yang buat katanya. Dipujuknya aku mintak balik sekali lagi. Demi anak-anak katanya.
Harini kemenangan itu rasanya akhirnya jatuh pada aku. Rasa bahagia. Aku harini orang lalu depan mata pun aku senyum sampai ke telinga. Dah macam cikgu tadika lembut je aku harini. Anak gaduh berebut mainan pun aku “takpe long jom mama beli 10 lagi untuk long” haa gitu hahaha.
Susah nak cakap bahagia tu macam mana. Tak sia-sia aku join live make-up tengah-tengah malam hahaha. Oh, whatsapp Nazrul tu aku tak bluetick je tau, aku baIas. Aku baIas macamni, emoji gelak keluar airmata seketul je hahaha. Baru dia tahu erti penyesalan.
Aku ni kan bukan jenis nak bersedih 24 jam. Dah kena cerai tak ada guna nak meraung bagai. Tak payah takut. Keluar dari rasa sedih tu. Kalau kita tak kuat anak-anak kita macam mana? Dia dapat cari pucuk muda kita cari yang lagi pucuk dari dia. Anak-anak daun ke, kita jadi beluncas hahaha.
Nafkah anak dia tak tunaikan, report je biar dia tahu erti tanggungjawab. Kita semua ni cantik cuma tak tahu nak berhias. Aku faham sangat nak berhias macam mana kalau sibuk dengan suami lagi, kerja lagi dengan anak lagi dengan sepahnya rumah lagi, masak lagi, kain baju lagi. Ini bila dia dah tak ada kita melaram je.
Baru dia tahu rupanya kita ni ada mirip nora danish jugak sipi-sipi hahaha. Allah sebaik baik penjaga pelindung untuk kita. Dia merancang sebaiknya aturan hidup kita. Dari kena tipu, kena berkongsi kasih biarlah aku berundur dari terus makan hati. Sebab aku percaya kifarah tu berpusing, ingat tu je.
Buat Nazrul kalau dia baca la luahan ni, kau jangan nak whatsapp aku lagi, jaga kau eh! Dasar kambing tua. Tu bila kau nak belikan si adan jersi bola dengan bola kau janjikan? Jangan sampai telur kau yang aku buat bola nanti.
Jangan sibuk nak ungkit kisah lalu kita. Dah berakhir. Kita dah berbeza. Kau spesis liar oink oink aku pulak spesis terpelihara. Nampak bezanya kita? Buat kau pulak Ara, kau patut bersyukur tau aku tak pergi lastik biji mata kau dulu. Aku tak pergi serang kau, tak pergi langsung jumpa kau.
Sebab aku tahu sekuat mana aku meroyan menggiIa pun kalau kau dua ekor dah mabuk bercinta sampai dah bercuti berdua ke langkawi. Murahnya maruah seorang penyondol kan? Sebelum aib korang makin terbuka tak apalah kau ambik jelah si kambing tua tu.
Dengan kambing tua tu pun kau berkenan kan? Hairan jugak aku. Perut dah macam telaga hang tuah besar macamtu pun kau nak lagi. So tu jelah kisah aku, sekarang aku bahagia. Fokus kerja dan anak-anak je. Insyaallah aku kuat je. Nak getback eeeii memang taklah.
Muka kau Nazrul kan lepas kita cerai nauzubillah kenapa la aku tak perasan kau buruk jugak eh hahaha. Allah tak baik mengata, jahatnya mulut (tampar bibir) hahaha. Dah la malas la aku nak bercerita nanti kang abis aku maki semua orang.
Whatsapp Nazrul aku dah block, jangan risau ok. Kalau dia whatsapp lagi aku screenshot sent kat bini dia. Bye korang! – Anis, spesis terpelihara. (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Harga yong tau foo di Mall ‘hava-have’ RM94 untuk 2 mangkuk, wanita ini terkedu makan sampai licin