‘Bilakah orang Cina Malaysia akan dapat hak yang sama?’- Hantaran ‘group’ Facebook ini cetus kebimbangan ramai

Sebuah kumpulan di Facebook yang mempunyai hampir 8,000 pengikut telah menimbulkan kebimbangan orang ramai kerana dilihat mengandungi hasutan berbaur perkauman.

Halaman ‘Malaysian Chinese Forward’ secara konsisten memuat naik kenyataan dalam bahasa Mandarin, dengan sedikit terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan yang ditempatkan di bawah teks bahasa Cina pada poster-poster tersebut.

Kumpulan tersebut turut mendakwa sistem kuota telah menyebabkan kesan yang serius terhadap pendidikan negara Malaysia.

Mereka turut mendakwa, bahawa “orang Cina telah memberikan sumbangan yang besar kepada Malaysia”.

Selain itu kerap kali mendakwa sekolah vernakular sering menjadi pilihan pelajar yang bukan dari kaum cina kerana lebih berkualiti sekaligus cuba membuktikan bahawa sekolah kebangsaan adalah sebaliknya.

Malah dalam satu hantaran, ‘Malaysian Chinese Forward’ membangkitkan persoalan yang dilihat menyemai bibit kebencian antara kaum.

“Bilakah orang Cina Malaysia akan mendapat hak yang sama?” menurut poster tertera pada hantaran itu.

Rata-rata pengguna media sosial menyatakan kebimbangan berdasarkan kenyataan yang berbaur hasutan perkauman dan mendesak pihak berwajib mengambil tindakan yang sepatutnya.

Baca juga: Disangka ada kaitan dengan kes Zayn Rayyan, lelaki berkopiah ini tampil bersuara