Bimbang akan keselamatan diri, Elon Musk sanggup tawarkan RM20,000 untuk seorang remaja agar berhenti ‘stalk’ dirinya

Pernah atau tidak dalam hidup anda terjadi dengan dua benda ini; anda buat sebuah akaun media sosial hanya untuk jejak kedudukan individu lain? atau ketika anda remaja, pernahkah tokoh teknologi atau founder terkenal memulakan perbualan dengan anda di ruang DM di laman sosial bersama dan menawarkan sejumlah duit?

Mungkin tak pernahkan, kalau pernah mesti hanya dalam mimpi sahaja, tetapi inilah dua perkara yang terjadi pada Jack Sweeney.

Jack Sweeney, seorang anak muda berusia 19 tahun yang baru menuntut di University of Central Florida sudah ditawarkan RM21 ribu oleh Elon Musk tokoh teknologi dan bisnesman terkenal dari US untuk berhenti berkongsi lokasi jet beliau di aplikasi X.

Menurut wiser.my, Jack Sweeney telah mencipta sebuah akaun X, @ElonJet yang berfungsi 24/7 mengesan lokasi jet Elon Musk serta berkongsinya melalui twit yang boleh dilihat serta disebarkan sesiapa sahaja. Pun begitu, Jack tidaklah melakukannya secara manual kerana ia menggunakan bot.

“Can you take this down? It is a security risk,” mesej daripada Elon Musk kepada Jack pada 12 tengah malam memintanya berhenti melakukan perkara tersebut.

Elon menawarkan $5,000 untuk akaun namun Jack meminta $50,000 atas alasan untuk perbelanjaan kolejnya dan mungkin membantu beliau membeli Tesla Model 3.

Akaun tersebut kini diikuti 109.2K orang. Bukan sahaja Elon Musk menjadi mangsa malah Jack Sweeney juga menjejak tokoh lain seperti Bill Gates dan Jeff Bezos melalui akaun @GatesJet dan @BezosJet.

Perkara yang dilakukan Jack Sweeney ini tidak salah di sisi undang-undnag kerana bot Jack menggunakan data daripada transponder ADS-B pada pesawat serta beberapa teknik tambahan lain untuk memastikan data yang dikongsi tepat seperti yang dilaporkan dalam wiser.my.

Elon Musk akhirnya meninggalkan Jack Sweeney tanpa sebarang respons kerana Elon Musk merasakan tidak berbaloi mengeluarkan duit dan bayar Jack Sweeney dengan harga 50k USD hanya untuk memadam laman sosial tersebut.

Disebabkan akaun @ElonJets, Jack kini lebih mahir dalam pengaturcaraan dan berjaya mendapat kerja separuh masa di UberJets sebagai pembangun aplikasi.

Perbualan terakhir Jack dan Elon pada minggu lalu di mana beliau berkata dia lebih gembira jika diberi tawaran internship oleh Elon berbanding wang tetapi mesej tersebut masih belum dibaca tokoh teknologi tersebut.

Baca juga: Gara-gara ilmu kongkang hidupku musnah-“Saya sudah bulatkan tekad saya tetap berhenti kerja. Rupa-rupanya “aku mak mertua dia”