Penjawat awam di pejabat Pegawai Pembangunan Parishad (MPDO) di Hyderabad, India, terpaksa memakai topi keledar selepas bimbang bangunan usang yang diduduki bakal menghempap mereka.
Ia susulan seorang rakan pejabat mereka nyaris dihempap bahagian bangunan yang runtuh namun terselamat.
Walaupun sudah membuat rayuan untuk penempatan itu ditukarkan ke lokasi lebih selamat, namun pihak atasan menangguhkan atas alasan-alasan yang tidak dikemukakan.
Video tular di Twitter itu menggambarkan bagaimana kakitangan bekerja memakai topi keledar.
Mereka tidak mempunyai pilihan lain selain bertahan di bawah bangunan konkrit tersebut dan para pelanggan juga dilihat teragak-agak untuk memasuki premis yang tidak selamat itu.
Sebuah video di Twitter juga mendedahkan sarang kelawar di atas bumbung bangunan sekali gus mengesahkan bangunan itu tidak sesuai sebagai tempat kerja.
Baca juga: Tiga alasan suami selalu bagi untuk berpoligami, take note para isteri