Bimbang tengok ribuan ikan terdampar di Manila takut kejadian seperti di Jepun tempoh hari, di mana berlakunya tsunami.
Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan di bandar Hakodate di Hokkaido, Jepun menemui puluhan ribu ikan sardin dan kembung mati di sepanjang satu kilometer di pantai tersebut.
Malangnya, pada 1 Januari lalu, gempa bumi kuat 7.6 magnitud melanda Wilayah Ishikawa di Semenanjung Noto, Jepun.
Begitu juga sekumpulan ikan didapati terdampar di pantai di Filipina yang mana penduduk menganggapnya rezeki dari Tuhan manakala sebahagian lagi bimbang bahawa ia memberi petanda bencana alam bakal berlaku, lapor portal Sanook.
Seorang pengguna Facebook, Diane Lawa Tagun menyiarkan video kejadian luar biasa itu pada Ahad.
Video menunjukkan penduduk Masiim di wilayah Sarangani di pulau Mindanao, selatan Filipina menjumpai ikan berenang ke darat dan mati di pesisiran pantai.
Beberapa penduduk tempatan memberitahu wartawan bahawa ikan yang berjaya ditangkap mencecah beberapa tan.
Sehingga kini tiada penjelasan saintifik mengenai puncak kematian ikan secara besar-besaran di pulau Hokkaido dan kaitan dengan gempa bumi tersebut.
Penganalisis bencana Jepun merumuskan puncak kematian ikan itu mungkin disebabkan cubaan melarikan diri daripada pemangsa atau kekurangan oksigen secara tiba-tiba.
Baca juga: Pelacuran perlu sebab Malaysia ada 3 juta pendatang asing- “Silap-silap bini, anak dara kita pun…”