Salam semua, nama aku Ayuni. Berusia 27 tahun. Bekerja di sebuah bank di ibu negara.
Aku baru sahaja berkahwin awal tahun ini. Suami aku bekerja sebagai kerani. Gaji tak sebesar aku tapi mampu lah menyara hidup kami sementara masih belum ada anak ni.
Dipendekkan cerita, suami aku ada 3 adik beradik. Sorang masih belajar, dan sorang lagi dah berkahwin. Suami aku anak kedua.
Masalah yang aku hadap ni, isteri kepada abang ipar aku AKA biras aku macam tak suka dengan aku. Mula2 aku rasa perasaan aku saja tapi lama2 makin melebih2 pulak.
Diaorang ni dah kahwin tiga tahun. Dah ada sorang anak pun. Masa mula2 suami aku bawa aku pergi rumah mertua aku, dia buat taktahu saja dengan aku. Pandang muka aku pun taknak. Oh ya, biras aku ni duduk sekali dgn mak mertua.
So suami aku dah bincang, kitaorang tumpang sekejap lah rumah mertua sebelum dapat rumah sewa. Aku pun ok jelah sebab aku memang ade loan rumah sebelum kahwin lagi tapi belum dapat kunci. Aku tak pernah cerita pun pasal rumah tu kat suami aku.
Masa mula2 aku hidup dalam rumah tu, si biras ni memang buat semua kerja dalam rumah tu, walaupun dia tak layan aku, aku tetap bercakap dengan dia macam biasa.
Aku ni pakar la jugak bab masakan sebab ibu aku dulu pernah buka kedai makan. Jadi bila aku masuk rumah tu, bab memasak ni aku laju saja. Sarapan pagi sampai ke makan malam aku yang masak.
Sebelum ni mak mertua yang masak. Si biras kerjanya mengemas rumah dan lain2 lah.
Bapak mertua aku ni memang puji melambung lah masakan aku, mak mertua aku tarik nafas lega sebab dah ade yang pandai masak dalam rumah sebab bapak mertua aku ni cerewet sikit pasal makanan.
Habis dah kalau hari2 dok kene puji saja, si biras ni macam menyampah lah. Aku ni baru 5 bulan kahwin, tiba2 tengah makan ramai2, si biras ni buka cerita pasal kakak dia.
“Kakak Nora kan yang baru kahwin awal februari haritu dah ada isi. Dia memang awal2 cakap taknak merancang sebab umur makin tua kan. Ayu bila nak ade isi?”
Aku memang tak merancang pun, lagi pun baru 5 bulan aku kahwin. Kau dah kenapa orang tengah makan tiba2 buka cerita pasal anak mentang2 kau dah ade anak. Aku senyum jelah balas “ Insya Allah”.
Hari berganti hari, si biras makin rapat pulak dengan mak mertua sampaikan aku nak duduk sembang berdua pun mesti dia nak join sekali.
Sebelum ni suami aku cakap, si biras memang jenis suka duduk rumah. Tapi sejak aku datang, dia rajin pulak ikut mak mertua ke pasar, ke rumah jiran, hatta pergi kedai depan rumah pun nak ikut.
Aku tak kisah pun semua tu sebab aku ni bekerja. Tapi wajib bagi aku sebelum pergi kerja, aku akan buat sarapan, makan malam pulak, kalau aku balik awal mesti aku akan masak.
Tapi setiap kali hujung minggu memang tugas aku lah dari pagi ke petang kat dapur. Aku pun ok saja.
Si biras ni, bila aku dah ade kat rumah, mula la dia ambil minyak nak urut si mertua, buka shopee suruh mertua pilih baju2 atau beg yang mertua nak.
Semua tu dia buat bila aku dah duduk ruang tamu nak bersembang dengan diaorang. Bila aku buka mulut saja nak berbual mesti dia muka menyampah dia tu.
Bapak mertua suka berbual dengan aku. Sebab bapak mertua aku dulu pun bekas pekerja bank. Nanti macam2 lah cerita pasal tempat kerja dia dulu. Si biras ni takboleh nak menyampuk sebab dia pun tak bekerja.
Aku ni power masak spageti aglio olio, sekali bapak mertua dah rasa, dia asyik mintak saja setiap kali sarapan.
Tengah dok berbual2 dekat ruang tamu pun, si bapak mertua boleh request, “Ayuni esok sarapan masak spaggeti lagi ya” aku tak kisah pun. Tapi si biras ni terus bangun masuk bilik. Geram kot sebab bapak mertua tak pernah request dia masak apa2.
Cerita dia meletop bila, aku ada buat pengat pisang. Lepas siap masak tu, aku letak lah atas meja makan dengan periuk2 sekali. Aku masuk bilik nak mandi. Tiba2 anak buah aku AKA anak si biras ni (Adam) menjerit.
Kitaorang pun kalut lah semua pergi dapur. Rupanya2 pengat pisang tu tertumpah kena pulak si Adam ni. Menjerit2 budak tu. Aku serba salah lah sebab aku yang letak atas meja tadi. Sudahlah masih panas, melecur kakinya.
Si biras ni terus mengamuk, dimarahnya aku “ Ayuni, kalau nak masak apa2 jangan lah letak letak atas meja, dah tau budak suka memanjat” aku macam eh habis aku nak letak mana?
Aku pun mintak maaf lah, akui kesalahan aku. Aku siap nak bawa lagi Adam tu ke klinik tapi si biras ni emosi tak habis. Tiba2 keluar dari mulut dia “tak habis2 nak tunjuk pandai masak, kembang lah asyik kena puji”
Aku rasa itulah luahan hati dia selama ni sampaikan terlepas cakap masa tengah marah. Masa tu mertua aku, suami aku pun ade sekali. Aku ni meleleh dah air mata. Suami aku terus start kereta bawa si Adam ni ke klinik. Aku tak ikut.
Balik dari klinik, tak habis lagi tu, “Ayuni lepas ni takpayah lah masak macam2, buat sakit anak orang saja” aku diamkan saja. Terus aku masuk bilik.
Suami aku masuk bilik, pujuk aku yang meleleh air mata dari tadi. Malu kot aku kene herdik macam tu. Aku cakap suami aku, kita carilah rumah sewa. Cukup lah 5 bulan kita duduk sini. Aku malu nak menumpang kat situ lagi.
Seminggu lepastu aku dapat rumah sewa. Mertua aku pun berat hati nak bagi aku pindah tapi diaorang pun faham jugak kenapa aku nak pindah.
So hiduplah aku kat rumah sewa. Sewa apartment kecil saja untuk duduk berdua. Tapi rezeki dari Allah sebulan lepastu, agent rumah call aku untuk sign agreement dan ambil kunci rumah.
Ya Allah melompat lah aku gembira tak terkata sebab rumah pertama kan. Aku call lah mak mertua bagitahu yang kita dah dapat kunci rumah. Mak mertua pun gembira sebab dia tak suka anak menantu dia duduk menyewa.
Si mertua mengadu, bapak mertua asyik sebut2 saja masakan aku. Sejak pindah ni, mak mertua aku yang masak. Si biras ni memang tak pandai masak. Kerja dia mengemas saja.
Beberapa minggu lepas tu, rumah baru pun siap renovated. Kitaorang pindah. Rumah kondominum saja bukan landed tapi cantik la lepas aku renovated.
Aku suka upload gambar2 rumah aku dalam status Whatsapp. Si biras ni tiap kali aku upload, mesti dia akan jadi orang pertama yang tengok. Dia pun selalu upload quotes kat status whatsapp “harta benda ni tak bawa mati”
Aku tahu status tu untuk aku sebab hanya aku saja yang boleh tengok status tu, bila aku tengok guna handphone suami aku, status tu takde.
So memang aku sorang saja yang boleh tengok.
Bila mertua aku datang ke rumah aku, dia takpernah ikut. Eh bukan ke sebelum dia yang paling rajin suka ikut mertua kemana2. So bila aku dah pindah, tak payah susah2 dia nak amik hati mertua lagi kan.
Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita tapi cukup lah sampai sini.
Oh ya, mana yang tanya mana suami si biras tu, abang kepada suami aku tu selalu kerja outstation. Dia taknak pindah dari rumah tu sebab mak mertua aku ada mention yang rumah mertua tu nanti nak bagi kepada dia. Sebab dia kan anak sulung.
So biras ni mungkin rasa tu bakal jadi rumah dia so dia taknaklah aku menumpang lama2 kat situ.
Tapi hidup aku bahagia dah dengan rumah baru hasil titik peluh aku sebelum kahwin lagi. Ditambah pulak dengan kehadiran bakal insan baru, sebab aku disahkan mengandung 2 bulan selepas aku masuk rumah baru.
Mungkin mood happy aku naik sebab duduk berdua saja dalam rumah. Hari2 macam honeymoon sebab tinggal berdua saja kan.
Sekian cerita aku.
– Ayuni (Bukan nama sebenar)