“Bisik-bisik sebelum beli ikan”- Pasar Bisik ini terkenal dengan cara membida harga dengan cara berbisik

Terkenal dengan cara yang unik!

Pasar Bisik di Kedah ini menjalankan jual beli hasil laut dengan cara berbisik kepada penjual tanpa diketahui harganya oleh orang lain.

Pembeli yang membida harga yang paling tinggi akan diberikan hasil laut serta merta pada ketika itu.

Pasar ini juga unik kerana hanya disini sahaja urusan jual beli yang menggunakan cara berbisik dan mereka masih mengekalkannya hingga kini.

Pasar ini juga lebih tenang dan nyaman tanpa keadaan yang bising seperti di tempat lain.

Peniaga juga mengatakan ingin terus menggunakan cara ini kerana mereka bebas meletakkan harga bidaan pada hasil laut.

Baca juga: “Dulu masa bujang suami cakap beli ayam seekor cukup seminggu, tapi bila makan asyik habiskan lauk sorang tanpa tinggalkan aku..”