Bila saksi mata berkumpul akan meluruskan sejarah.
Dalam sesi penceritaan kami berempat petang kemarin, banyak cerita yang tidak tertulis dalam sejarah.
2. Johan Jaafar menceritakan akan kisah dia sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu di berhentikan awal dan juga Ketua Pengarang di NST, sebelum Anwar Ibrahim di pecat.
3. Dan semalam fakta bermula Dr Mahathir Mohamad mula bermusuh dalam senyap dengan Anwar Ibrahim telah dapat di perbetulkan. Bukan bermula pada tahun 1996. Ada tahunnya yang sebenar.
4. Sebenarnya percutian selama 6 bulan ditahun 1996 itu adalah strategi Dr Mahathir Mohamad untuk menilai setiakawan Anwar Ibrahim kepada dia. .
5. Bila isu Perwaja terbongkar akan salah guna duit dengan beberapa kelulusan jutaan ringgit kepada Perwaja dan Eric Chia sehingga beberapa dokumen itu terdedah, ini menjadikan Dr Mahathir Mohamad ‘amat marah’.
6. Tetapi Dr Mahathir Mohamad. Lebih banyak cerdik dari Najib Razak.. Bila bau bangkai sudah terbau dalam isu Perwaja.. Maka dia pun mengarahkan Eric Chia di dakwa yang ada kaitan Perwaja.
7. Maka tenggelam isu salahguna kuasa Dr Mahathir Mohamad meluluskan bukan berjuta tetapi berbilion ringgit untuk ‘toys’ nya antaranya bernama Perwaja.
8. Dan semua dokumen itu tersimpan di dalam kotak dan belum pernah di buka oleh Anwar Ibrahim secara rasmi.. dan dia menjadi ‘night mare’ sehingga kini kepada Dr Mahathir Mohamad.
Jika Najib Razak membuat pendekatan yang sama apabila isu IMDB menjadi ‘nothing to hide’ Najib Razak arahkan Jho Low di dakwa. Hari ini Najib Razak masih menjadi Perdana Menteri.
Sang Kelembai
Disember 23, 2020
Kuala Lumpur.