Astro Awani tadi umumkan keputusan tidak rasmi dengan BN memperoleh 21 Dun, PH dengan 5 dun dan PN hanya dengan 2 Dun sahaja.
Seperti dipetik Awani,
– TIDAK RASMI: N23 Pengerusi PN Melaka tewas
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Telok Mas.
Mohd Rafiq memperolehi 3,148 undi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang mendapat 4,759 undi.
Sementara itu, Setakat jam 8.15 malam, keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri Melaka ialah Barisan Nasional memenangi lapan kerusi, manakala Pakatan Harapan menang tiga kerusi.
Calon Ketua Menteri Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, dengan majoriti 3,139 undi.
Barisan Nasional dalam kemaskini di Facebook mereka, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Melaka yang memilih wakil mereka dalam PRN kali ini.
“Barisan Nasional mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memilih Barisan Nasional bagi Pilihanraya Negeri Melaka,” tulis kapsyen di Facebook.