BN mungkin tewas di Mahkota, Akmal punca undi boikot dari kaum cina

BAru-baru ini, ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menuntut ganti rugi RM25 juta daripada Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh selepas mendakwa Ketua Pemuda UMNO itu memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Surat tuntutan (LOD) kepada Muhamad Akmal dihantar Teresa menerusi firma Sankara Nair and Partners.

Selain tuntutan ganti rugi RM25 juta, Teresa turut menuntut segala kos dan perbelanjaan yang disebabkan isu ini.

Justeru, Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau diberi tempoh tujuh hari bekerja untuk memberikan maklum balas.

Serentak dengan itu, Barisan Nasional yang bakal berlawan dengan Perikatan Nasional di pilihanraya Dun Mahkota yang sedang berlangsung sekarang memerlukan undi kaum cina.

Statistik di Dun Mahkota dilaporkan seramai 35 peratus undi kaum cina yang bakal mengundi di sana.

Kajian politik menunjukkan Perikatan Nasional bakal menjadi pemenang di PRK Dun Mahkota kali ini jika Ketua Pemuda Dr Akmal masih mengapi-apikan lagi isu sijil halal ini.

“Pengundi cina bakal boikot untuk mengundi kali ini jika Akmal datang berkempen di sini..”, kata salah seorang sumber pemimpin PH.

Sementara itu memetik Malaysiakini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan menafikan Dr Muhamad Akmal Saleh diminta untuk tidak menyertai kempen ekoran isu pensijilan halal.

Menurut Ahmad, pertembungan antara ketua Pemuda Umno itu dengan pemimpin DAP Teresa Kok adalah isu peribadi antara kedua-duanya dan tidak melibatkan parti.

“Ini pertembungan antara dua peribadi, bukan antara dua parti. Saya melihatnya begitu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di acara Pesta Tanglung di di Persatuan Memperbaiki Akhlak Che Luan Khor di Kluang, Johor malam ini.

Sebelum ini, Free Malaysia Today melaporkan sumber dalaman Umno sebagai berkata, peranan Akmal dalam PRK Mahkota dikurangkan bagi mengelakkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengundi Cina.

Baca: Ramai taktahu bahana bawa kereta ke Hatyai, boleh disaman hingga RM30,000