“Boleh cari dalam tong sampah.” – Wanita ini bengang barang dipesan tak sampai, pekerja kurier selamba suruh cari dalam tong sampah

Membeli belah secara atas talian lebih menjadi pilihan masyarakat hari ini kerana lebih menjimatkan masa dan banyak pilihan boleh diperolehi.

Salah satu platform beli belah yang popular semestinya Shopee. Pelbagai lapisan umur boleh mendapatkan barangan yang dikehendaki dengan sangat mudah.

Namun, ada juga sesetengah pengguna yang ditipu peniaga atas talian ketika melakukan transaksi. Ada juga yang mengalami masalah barang yang dipesan tidak sampai pada mereka dek sebab-sebab tertentu.

Baru-baru ini seorang pengguna X tampil berkongsi bahawa barang yang dipesannya gagal dihantar walaupun dia berada di rumah sepanjang hari.

Tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, dia terus menghubungi pekerja kurier yang sepatutnya menghantar barang tersebut ke rumahnya.

Namun, respon dari pekerja tersebut membuat dia agak terkejut kerana dia mendakwa barang tersebut telah dibuang kerana tiada sesiapa dirumah.

Menafikan perkara itu dia mengatakan dia berada di rumah sepanjang hari dan kawasan rumahnya juga tidak mempunyai tong sampah.

Pekerja kurier itu hanya memohon maaf dan mengesyorkan wanita itu untuk mencari di dalam tong sampah dan menghubungi majlis bandaraya yang terdekat.

Bengang dengan jawapan yang tidak masuk akal itu, dia terus berkongsikan perkara itu di social media miliknya.

Menurutnya, pihak syarikat Best Ekspress telah memohon maaf kepadanya di ruangan Instagram namun, dia berharap agar kakitangan syarikat itu supaya lebih profesional dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Baca juga: “Gara-gara mak silap bagitahu tukang gunting, aku terpaksa ke sekolah sepanjang tahun dengan gaya rambut afro…”