Pasti ramai yang mengenali wanita yang tular di media sosial ini iaitu Inspektor Sheila.
Baru-baru ini, tular di media sosial video wanita ini digantung kerja kerana menunggu kes mahkamah dibicarakan dan dia dilihat sedang sibuk menceburi bidang baharu.
Dalam video tersebut, dapat dilihat Inspektor Sheila sedang mencuba beberapa produk kosmetik sambil ditemani beberapa staff disitu.
Ketika seorang lelaki yang juga seorang makeup artist sedang menyolek, dia menyampuk perbualan lalu menepuk dahi Inspektor Sheila sebagai tanda gurauan.
Mereka juga ketawa ketika berada di dalam situasi berkenaan yang menyifatkan Inspektor Sheila juga boleh dibawa bergurau walaupun sebelum ini videonya menonjolkan sisi yang garang dan sombong.
Ada netizen yang menyukai perwatakan Inspektor Sheila yang dirasakan pasti menjadi rakan yang baik dan kelakar manakala ada juga yang mengatakan ia adalah sekadar lakonan untuk membersihkan namanya yang tercalar.
Baca juga: Rupanya ramai taktahu ada kod rahsia di sebalik duit RM1..