Boleh kaya! Seorang lelaki telah menjumpai satu barang antik daripada Dinasti Ching ketika ke laut baru-baru ini, justeru itu beliau menanyakan kepada netizen berkenaan barang tersebut.
Melalui perkongsian di Tiktok lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Pemburulobster2 menjelaskan bahawa pasu dinasti itu dipenuhi dengan teritip tetapi hanya separuh sahaja.
Difahamkan pasu itu tenggelam di bawah laut di bahagaian bawahnya. Yang hariannya lumut satu pun tak ada permukaannya, ia licin.
“Aku cuma bersihkan teritip sahaja,” katanya.
Coraknya pula berwarha hijau dengan corak naga dan latarnya berwarna kuning. Di sebalik pasu itu ada tertulis perkataan China.
Sebaliknya dia tidak faham langsung apa yang dimasudkan dengan tulisan tersebut.
Setelah dibawa pasu itu ke makmal, analisis awal memberitahu bahawa pasu ini adalah daripada masyarakat Baba dan Nyonya.
Salah seorang netizen memberitahu lambang naga tu yang buat mahal…cecah 400usd weyy!!
“Memang ada level ia sendiri pasu kuning naga hijau (jed) ada besar lagi cacah USD880,”kata Dinda.
Baca juga: Bukan marah netizen, marah bekas staff-Video anak makcik Komboja telah disunting