Rasanya memang benar apa yang diperkatakan bahawa menu-menu zaman sekarang memang tak sihat yang sekaligus membuatkan ramai individu generasi kini mudah dapat penyakit kronik seperti diabetis pada umur yang agak muda.
Boleh diperhatikan menu-menu viral yang kita lihat di media sosial, tidak dinafikan ada yang nampak menggiurkan tetapi jika diamati balik, jumlah kalori pasti sangatlah tinggi yang tak terjangkau dek akal,.
Lebih menggerunkan lagi kerana bimbang ia boleh mengundang penyakit diabetes (kencing manis) jika ia diminum lebih kerap.
MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) mencadangkan supaya harga gula peket sekilogram dinaikkan kepada RM3.85, berbanding RM2.85 pada ketika ini.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM, Hasni Ahmad berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan kerana kos operasi telah meningkat ekoran pelbagai faktor global, malah pihaknya kini beroperasi dalam kerugian.
Sementara itu, Hasni turut memaklumkan rancangan syarikat tersebut untuk mengeksport gula ke Singapura tahun ini.
“Berkenaan eksport gula, pasaran serantau yang sedang kita berikan tumpuan adalah Singapura, kita jangka akan mula eksport sama ada suku pertama atau suku kedua tahun ini.
“Namun ingin ditegaskan, langkah mengeksport gula itu tidak akan menjejaskan bekalan gula dalam pasaran tempatan. Tidak perlu bimbang kerana eksport gula tidak beri impak kepada pasaran tempatan, jangan risau,” katanya.
“Dalam pada itu, beliau juga meminta kerajaan memberikan penekanan terhadap usaha keselamatan makanan, khususnya melibatkan produk gula kerana ia merupakan satu keperluan asas rakyat.
“Kita perlu mempunyai sumber gula mentah sendiri, antara cadangan termasuk mewujudkan ladang tebu sendiri. Ini penting kerana ketika ini negara seperti India dan Thailand sudah melarang eksport gula mentah dan bekalan kita terima dari Brazil.
“Apa akan berlaku sekiranya Brazil juga melarang eksport gula mentah. Jadi, perkara ini perlu diberikan perhatian untuk keselamatan makanan Malaysia,” katanya lagi.
Baca juga: Pertama kali tengok Agong dan Raja Permaisuri baca berita, boleh tahan kalah pembaca berita TV3