‘Boleh panggil towing’ – Peguam tunjuk cara best nak ‘ajar’ jiran suka park depan rumah

Kalau kita hidup berjiran, mesti kita biasa alami kerenah jiran-jiran yang suka parking depan rumah orang lain. Jangan tak tahu, kita boleh panggil towing untuk angkut kereta jiran degil tu tau! Tapi itu tindakan terakhir lah kalau jiran ketegaq sangat.

Kita hidup berjiran ni mesti bertolak ansur dan jangan sesekali suka mengambil kesempatan pada orang lain. Menariknya di sini, seorang peguam berkongsikan tips untuk anda ajar jiran dengan cara yang lebih ada kelas mengikut undang-undang.

Ini merupakan perkongsian seorang Peguam Hartanah, Syazwan Mohd Jafri.

Jika tegur secara baik tak berkesan, apa hak anda di bawah undang-undang?

1. Hak di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987)

Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain.

Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.

2. hak di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (AKK 1955)

Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.

3. Ini jalan terakhir jika jiran masih teruskan salah laku parking block pagar rumah

Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain.

Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini. Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.

Info tambahan:

  • Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”.
  • If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.

Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi.

Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.

 

Baca juga: https://themalaysialife.com/puasa-di-bulan-ramadan-dengan-lebih-sihat/

baca juga: https://malaysiadateline.com/rm141-juta-perbelanjaan-prn-melaka-dan-johor-kos-melambung-194-peratus-berbanding-pru-14/