Boleh pula ADUN Pas ini banding harga minyak dengan zaman PKP, memang buat netizen ‘terkejut’

Entah bagaimana boleh pula seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas membandingkan harga minyak zaman ‘tebuk atap’ iaitu Perikatan Nasional (PN) dengan era kerajaan MADANI hari ini.

Akibatnya, ADUN Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin teruk dihujani kutukan dan dianggap buat fitnah selepas membandingkan harga minyak zaman ‘tebuk atap’.

Pemimpin Pas itu sehinggakan dua kali menyebut ‘Ya Allah’ dalam hantaran di platform X.

Dia malah menggunakan poster senarai harga petrol dan diesel zaman ‘tebuk atap’ dan ‘tebuk belakang’ dengan melabelkan kerajaan MADANI sebagai “penyusah rakyat”.

“Ya Allah bezanya zaman abah jadi PM dan zaman PMX.

“Itulah yang ada tidak disyukuri, tidak sangka yang dulu sebut pejuang rakyat sekarang rupanya dah jadi penyusah rakyat.

“Ya Allah bantulah kami,” katanya sekaligus menuai cemuhan netizen.

Rata-rata mengingatkan bahawa senarai harga petrol dan diesel semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilampirkan ADUN Pas itu adalah ketika negara menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA JUGA Meluat asal tak dapat ‘itu’ je, mahu cuba bunuh diri, rupanya tujuh kali isterinya tidak layan permintaan