Tular kisah seorang pencuri di Shanghai, China yang boleh pula tinggalkan nota nasihat meminta pemilik barang yang dirembat di sebuah pejabat agar memperbaiki sistem antikecurian.
Lapor saluran televisyen NDTV baru-baru ini, kejadian berlaku pada 17 Mei apabila pencuri itu memecah masuk ke dalam pejabat berkenaan.
Dia mencuri seutas jam tangan, telefon bimbit serta sebuah komputer Apple MacBook.
Polis Shanghai berkata, pencuri berkenaan meninggalkan nota dan meminta mangsa menaik taraf sistem keselamatan pejabat berkenaan.
“Majikan yang dihormati, saya mengambil jam tangan dan komputer riba. Anda harus memperbaiki sistem antikecurian anda.
“Saya tidak mengambil semua telefon dan komputer riba kerana bimbang ia mungkin menjejaskan perniagaan anda.
“Hubungi saya jika anda mahu komputer riba dan telefon anda kembali,” tulis lelaki itu.
Hasil siasatan polis mendapati lelaki tersebut menggunakan kamera pengawasan awam dan nombor telefon yang ditinggalkannya.
“Dia ditahan beberapa jam kemudian ketika cuba meninggalkan Shanghai.
“Dia juga masih menyimpan barang yang dicuri,” kata polis.
Aksi pencuri yang ‘prihatin’ itu mendapat perhatian ramai warganet.
BACA JUGA Padah kena calit sejenis minyak, berangan nak bertatu di tangan, lain pula pemuda ini dapat