Bomoh Kelantan didakwa rogol bakal pengantin berusia 23 tahun

Seorang bomoh mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun dua minggu lalu.

Tertuduh Jusof Jaafar, 67, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozaidi Yaacob.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 23 tahun yang mana kerelaannya didapati dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan.

Perbuatan itu dilakukan di bilik sebuah rumah di Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas, jam 3 petang, pada 14 Oktober 2021.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (F) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) kanun yang sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar dan tertuduh diwakili Peguam Bela, Nur Fatin Syahirah Abu Hasan.

Mahkamah menetapkan Khamis sebagai sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Media sebelum ini melaporkan, bakal pengantin yang dikatakan mengalami gangguan makhluk halus mendakwa dirogol seorang bomoh di Tendong, Pasir Mas, ketika mendapatkan rawatan.

sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bomoh-didakwa-rogol-bakal-pengantin-327561