Seorang wanita meminta bantuan orang ramai untuk mencarikan suami untuknya dan juga menyediakan bonus lumayan kepada sesiapa yang berjaya.
Eve Tilley-Coulson dari Amerika Syarikat itu juga seorang peguam, berkongsi misinya di dalam sebuah video di laman tiktok.
“Jika anda mencarikan saya seorang suami, saya akan mengahwininya dan memberi anda AS$5,000 (RM23,260),” demikian menurut kapsyen video itu.
Sejak hantaran itu ditularkan, Eve telah diperkenalkan dengan 20 hingga 25 lelaki melalui broker perkahwinan.
“Saya belum menghadiri temu janji lagi, tetapi orang ramai sudi membantu. Saya sudah membujang selama lima tahun, bertemu ramai lelaki secara bersemuka dan dalam talian.
“Namun sejak Covid-19, berlaku perubahan dalam budaya bertemu janji. Lelaki tidak suka bersemuka dengan wanita dan kebanyakan lelaki di aplikasi (media sosial) tidak serius bercinta,” katanya.
Dia memberikan ciri-ciri lelaki idamannya iaitu lelaki yang berumur 27 hinggan 40an, menyukai aktiviti sukan, berketinggian 177 cm atau lebih dan sukakan haiwan serta kanak-kanak.
Baca juga: “Mak ayah meninggal takde sorang anak pun balik, bila dicari rupanya semua dah pergi luar negara”