Boss dari syurga! Pekerja teruja boss batal ‘annual dinner’, bagi angpao bernilai RM6,667.57

Menjelang tahun baru cina, pasti banyak syarikat yang mula mempersiapkan untuk mengadakan annual dinner lebih lebih lagi syarikat cina.

Namun lain pula ceritanya dengan syarikat ini yang mengambil keputusan untuk membatalkan annual dinner dan menggantikannya dengan memberi angpao kepada para pekerja.

Dalam hantaran di laman Facebook miliknya, 楠哥哥 (NanGege) menyatakan bahawa dia telah memutuskan untuk membatalkan majlis makan malam tahunan di syarikatnya.

Katanya dalam hantaran itu, “Pada awal tahun ni, saya dah batalkan acara annual dinner di syarikat saya. Sebabnya adalah, pekerja saya kata mereka rasa tertekan untuk makan bersama pihak atasan yang lain,”

Pada masa yang sama, beliau menyelitkan beberapa jenaka mengenai kemungkinan pekerjanya merasa kurang bernasib baik kerana jarang mendapat hadiah yang besar dalam cabutan bertuah.

Menerusi ruangan komen hantaran itu, dia turut berkata, “Pekerja lama atau baharu, semuanya akan mendapat jumlah wang yang sama,”

Untuk pengetahuan anda, dia telah memberikan setiap pekerja sejumlah wang sebanyak 10,000 yuan (RM6,667.57).

Selain itu, dia turut berkata, “Saya berfikir ia adalah sesuatu yang baik untuk mengubah syarikat ini untuk menjadi tempat kerja yang disukai pekerja,”

Baca juga: Dikecam kerana bawa anak singa bersiar di Thailand, ini rupanya identiti sebenar pemilik haiwan ini