Buat aksi kurang sopan, Noor Nabila ditegur kerana cium bibir Jebat Jayden

Sempena hari raya aidiladha, pasti ramai yang merakamkan memori indah dan berkongsi di laman sosial untuk tatapan umum.

Tidak kurang juga kakak kepada selebriti Noor Neelofa iaitu Noor Nabila yang berkongsi momen indahnya beraya bersama anak tercinta Jebat Jayden.

Namun apa yang tidak enak dilihat, Noor Nabila dilihat mencium mulut anaknya dan perbuatannya itu ditegur netizen.

Diruangan komen, ramai yang menegur untuk menghentikan perbuatan itu kerana Jebat dilihat sudah besar.

Namun ada juga yang menyuruh menjaga hal sendiri kerana setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mendidik anak.

Ada juga individu yang menasihatkan Nabila untuk bertanya kepada PU Riz berkenaan hal berkenaan.

Baca juga: Mati sebelum sempat disembelih, netizen khuatir itu daging bangkai ke daging korban..ini penjelasan mufti