Buat badan sampai 6 kali seminggu, tahu-tahu anak dah besar-Hairul Azreen bersara dunia lakonan

Hairul Azreen idris mengsahkan beliau bersara dunia lakonan sewaktu memberikan ucapan dalam rancangan radio Era FM awal pagi tadi.

Pengumuman itu dibuat oleh Hairul ‘nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon’.

Antara sebab beliau umum persaraan dunia lakonan adalah beliau tak dapat nak tengok anak-anak dengan mata kepalanya sendiri tahu-yahu mereka dah bersar.

Bila dia buat filem dia perlukan enam bulan malah beliau mengambil masa untuk buat badan seminggu enam kali pagi, petang dan malam.

“Tahu-tahu anak saya dah besar. Tahu-tahu diorang dah pergi sekolah. Dan saya tak sempat nak buat benda tu semua. So saya dah dapat, dah cukup, saya dah rasa puas dengan yang saya buat,”ujarnya.

Ujar pelakon berusia 35 tahun ini lagi, dia sudah berjaya mencapai segala impiannya sebagai anak seni daripada belakang tabir sehinggalah ke kaca television.

Malah beliau dah jadi seorang pelakon daripada stunt, seorang pelakon filem. Saya doa, saya jadi hero filem, dan Allah makbulkan doa saya.

Saya dah buat belakang tadbir, sebagai stunt man, extra, investor untuk filem-filem, direktor, produser semua benda saya dah lalui dan perjuangan saya biarlah akhiri dengan filem yang membanggakan saya.

‘Saya dah rasa puas dengan yang saya buat’

Tambah Hairul, filem Malbatt Misi Bakara bakal menjadi filem terakhirnya sebagai seorang pelakon. Keputusan itu dibuat selepas dia berfikir tentang dirinya yang tidak banyak meluangkan masa bersama keluarga disebabkan kesibukan kerja.

Sementara itu, pelakon filem Paskal ini juga menyatakan meskipun bakal berhenti daripada bidang lakonan namun masih bergiat aktif di sosial media.

Difahamkan, Hanis Zalikha yang merupakan isteri Hairul turut menyokong keputusannya dan memilih untuk lebih fokus pada perniagaan mereka.

Baca juga: Dikecam guna perabot mahal tapi duduk di PPR hak orang miskin-Influencer ini pertahankan guna duit sendiri