Buat ‘content’ Tiktok tak jaga hati Puteri Sarah, peguam akan siasat kandungan video tersebut

Buat ‘content’ Tiktok tak jaga hati Puteri Sarah, peguam akan siasat kandungan video tersebut. Tular sebelum ini video membabitkan Syamsul Yusof dan pelakon veteran, Kazar di sebuah kedai menjual barangan kemas.

Menerusi rakaman video terbabit, Syamsul dan Kazar dilihat berada di kedai barangan kemas sambil memegang beberapa barangan kemas.

Bagaimanapun tindakan Syamsul dan Kazar itu kurang disenangi sehingga mendapat kritikan netizen di media sosial. Ada netizen yang marah kerana Syamsul seperti tidak menjaga hati keluarganya terutama Puteri Sarah.

Namun, dalam masa sama ada yang mendakwa itu hanya babak lakonan semata-mata.

Puteri Sarah enggan ulas lanjut

Sementara itu, Puteri Sarah dikatakan enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya menyerahkannya kepada peguam.

“Saya enggan komen mengenai video itu, saya serahkan kepada peguam untuk meneliti rakaman video itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Teliti rakaman sebelum ambil tindakan

Menurut Harian Metro, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, sekiranya rakaman terbabit didapati melanggari perintah interim injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen pada 24 Jun lalu terhadap Ira serta pihak berkaitan, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya baru difahamkan mengenai klip video itu tapi pihak kami akan menelitinya terlebih dulu. Saya enggan menghakiminya pada peringkat ini kerana kami perlu ‘study’ dulu sama ada dia (Ira Kazar) melanggari perintah interim injuksi ini.

“Selepas itu barulah kita akan membuat rumusan jika perkara ini mempunyai kaitan dengan penghinaan sebab interim injuksi ini bukan setakat kepada Ira seorang saja, tapi ejen-ejen serta pihak yang mempunyai kaitan dan jelas bapa dia mempunyai kaitan dengannya.

“Kalau kita rasa ada pelanggaran perintah mahkamah dan barulah pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya kepada Harian Metro.

Baca Juga: Neelofa kagumi ketabahan Puteri Sarah hadap orang ketiga

Baca Juga: ‘Besar nanti jadi macam Mat Kilau, lawan penindasan, pengkhianat, perasuah’