Buat kejutan sertai tabligh, netizen doakan Aliff Aziz temui kebahagiaan

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz baru-baru ini dilihat menyertai aktiviti bersama-sama dengan sekumpulan tabligh.

Aliff menerusi sebuah video memperlihatkan dirinya yang berjambang dan memakai ketayap kelihatan bahagia bersama rakan-rakannya.

Menerusi perkongsian seorang ustaz di laman sosial Tiktok,  Ustaz Haji Taufik meminta doa orang ramai supaya tidak mudah untuk menghukum salah kepada manusia yang lain.

“Kalau kamu ada akal dan mata, kenapa kamu lihat dan hukum manusia hanya dengan telinga?”

“Doakan yang baik-baik, fikirkan yang baik-baik dan mudah-mudahan pengakhirannya semuanya akan menjadi lebih baik.”

“Ulama beritahu, ‘hakikatnya di dunia ini tiada orang jahat sebenarnya tetapi mereka yang tersalah memilih suasana.’ “

Sebelum ini, nama Aliff Aziz terpalit dengan kes khalwat bersama pelakon wanita Ruhainies di sebuah kondo pada 9 Mac lalu.

Baca juga: “Kakak nikah tanpa wali, mak ada anak luar nikah”- Lagi pengakuan mengejutkan pengikut GISBH