Tidak salah untuk menjadi penyanyi sebagai sumber pendapatan namun tidaklah sampai membuat lagu khas untuk menghina agama terutamanya agama Islam yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.
Lagu berunsur kebencian terhadap Islam dilaporkan semakin meningkat di India
Perkara itu terbukti apabila penduduk bernama Sandeep Chaturvedi merakam lagu baharu di sebuah studio di bandar Ayodhya di Uttar Pradesh, utara India.
Memetik laporan BBC, lagu tersebut mengisahkan sebuah masjid yang menjadi kontroversi selepas penganut Hindu menuntut hak untuk beribadah di tempat berkenaan.
Sandeep meraih keuntungan apabila video muzik yang dihasilkan pada 2016 menjadi sensasi dalam kalangan nasionalis Hindu sayap kanan.
Nada lagu itu jelas memberi amaran kepada masyarakat Islam mengenai implikasi bakal berlaku pada hari nasionalisme Hindu bangkit.
Menurut Sandeep, lagu tersebut berjaya meraih jutaan tontonan di YouTube sebelum salurannya digantung berikutan menerima ribuan aduan.
Sandeep juga menyalahkan orang Islam kerana melaporkan lagunya sebagai kandungan tidak bersesuaian.
Anggap hina agama sebagai keuntungan dalam berniaga
Meskipun lagu itu penuh dengan sindiran terhadap umat Islam, namun Sandeep yakin lagu itu mampu meraih keuntungan dalam perniagaan.
Lagu-lagu Sandeep merupakan sebahagian aliran muzik yang semakin berkembang dalam YouTube dan platform media sosial lain sehingga meniupkan kebencian terhadap umat Islam oleh penyokong sayap kanan Hindu.
“Lirik lagu itu amat kasar dengan dakwaan kononnya masyarakat Hindu menderita selama beberapa abad di tangan orang Islam dan kini masanya untuk membalas dendam,” jelas laporan itu.
Sandeep memulakan kerjayanya sebagai penyanyi lagu agama kira-kira sedekad lalu, namun dia mengubah haluan beberapa tahun kemudian selepas memutuskan untuk menggubah lagu mengenai ideologi ` Hinduisme dan nasionalisme’.
Sementara itu, penulis dan penganalisis politik, Nilanjan Mukhopadhyay berkata, selain menjadi sumber pendapatan, rakaman lagu seperti itu mampu meraih populariti kepada penyanyi berkenaan.
Namun, bagi Nilanjan, sebarang lagu berunsur prasangka negatif terhadap sesuatu kaum mahupun agama bukannya muzik sebenar.
Baca Juga: Kerajaan negeri Kedah dakwa tak mohon permit, penganjur kata pihak berwajib dah lulus