Syurga seorang anak di bawah tapak kaki ibu. Walau setinggi mana kerja dan pangkat seorang anak, syurga mereka tetap di bawah tapak kaki si ibu.
Bercakap kasar dengan seorang insan bergelar ibu pun sudah dicatatkan dosa apatah lagi jika sampai memaki hamun si ibu. Memang anak derhaka lah anak tersebut.
Baru-baru ini telah viral di TikTok di mana seorang lelaki telah membuat ‘live’ di akaunnya sambil memaki hamun maknya sendiri.
@semboyanjohorofficial 𝐏𝐀𝐑𝐓 𝟑 𝐋𝐈𝐕𝐄 𝐊𝐄𝐒 "𝐃𝐄𝐑𝐇𝐀𝐊𝐀 𝐈𝐁𝐔" : Ikuti penjelasan mangsa tentang situasi dan kekerasan yang dilakukan oleh target [anak mangsa] Liputan kes ini dibuat secara langsung bagi memastikan pihak diluar sana mendengar dan melihat proses tanpa sebagai perantara. [Siaran live bukan bertujuan untuk buka aib sesiapa, kerana ini adalah kes jenayah] Pihak target membuat tuduhan melulu kepada Semboyan Malaysia dengan mengatakan team yang datang menyelamatkan ibunya pada malam tersebut sebagai tindakan menceroboh dan beliau membuat kenyataan tersebut secara terbuka dalam LIVE di Social Media Tiktok Nasi Lemak 4 Pagi. [Pihak Semboyan Malaysia bertindak berdasarkan fakta dan hasil risikan] Diharap penjelasan mangsa ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang situasi sebenar yang berlaku. [Bertentangan dengan tuduhan target dalam Live Beliau].
Lelaki yang merupakan anak kepada warga emas tersebut bertindak diluar kawalan dengan mengheret ibunya turun daripada tangga rumah flat dan menyebabkan kecederaan pada badan mangsa.
Si ibu juga dikatakan sebelum ini telah Bypass Jantung dan masih dalam proses pemulihan dari strok.
Walaubagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam oleh TikTok. Dalam pada itu, seorang lagi pengguna TikTok yang lain @semboyanjohorofficial telah tampil untuk membantu ibu tersebut.
Menurutnya, si ibu itu telah datang dari Negeri Sembilan ke balai polis Setapak Kuala Lumpur untuk bersemuka bagi menyelesaikan masalah antara mereka namun, si anak tidak muncul.
Si ibu juga kelihatan sedih dan menangis sambil meluahkan apa yang dirasainya. Dia meluahkan dia hanya ingin tinggal bersama anak-anak kerana usianya yang sudah semakin berumur.
Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan antara mereka.
Baca juga: Tak sangka rupa-rupanya haiwan ini mencecah harga RM4,000 sekilo jika dijual di luar negara