Bagi mencapai penampilan seperti seorang bintang popular, seorang remaja China berusia 18 tahun sanggup menghabiskan 4 juta yuan (RM2.6 juta) untuk pembedahan plastik dalam tempoh lima tahun.
Zhou Chuna yang berasal dari wilayah Zhejiang menjadi terlalu terpesona dengan pembedahan plastik sejak usia 13 tahun dengan harapan untuk menyerupai kecantikan pelakon Cina kegemarannya, iaitu Esther Yu.
Dia turut mendedahkan telah menjalani pembedahan sebanyak 100 kali dengan kos pembedahannya itu ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa.
Ia kerana dia mula berasa malu kerana rakan-rakan serta keluarga menyatakan paras rupanya tidak secantik wajah ibunya.
Malahan, ibunya turut menyatakan sokongan untuk menjalani pembedahan plastik seawal umur 13 tahun.
“Saya telah menjalani hampir semua pembedahan plastik termasuk rhinoplasty dan kikis tulang,” katanya.
Menurut Zhou, doktornya telah memberi amaran bahawa dia tidak boleh menjalani mana-mana pembedahan lagi pada kelopak matanya kerana telah menjalani 10 prosedur serupa sebelum ini.
Baca juga: Sah! Ini rupanya resepi rahsia ayam KFC yang original, guna bahan kat dapur je