Buat PRU dulu, baru pemilihan UMNO – Tok Mat

UMNO akan menunggu selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan terlebih dahulu sebelum menjalankan pemilihan partinya, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad atau dikenali Mat Hasan itu berkata pemilihan parti hanya dapat diadakan selewat-lewatnya November tahun depan dan parti perlu menyelesaikan terlebih dahulu berhubung aduan-aduan yang diterima semasa persidangan peringkat akar umbi diadakan.

Umno acting president Datuk Seri Mohamad Hasan after holds the first supreme council meeting under a new leadership team tasked at Menara Datuk Onn in Kuala Lumpur, yesterday. MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.

“Pemilihan parti ini memang perlu diadakan tahun depan, sebab penggal yang ada ini akan berakhir sehingga hujung Disember 2022 nanti. Jika habis penggal hujung tahun, pemilihan di peringkat cawangan perlu diadakan awal iaitu selewat-lewatnya bulan Julai mesti diadakan.

“Dua bulan lagi untuk kita tangguhkan mesyuarat di antara cawangan dan juga bahagian kerana semasa musim pemilihan ini, macam-macam perkara, aduan-aduan mesti kita selesaikan dahulu sebelum kita adakan mesyuarat perwakilan bahagian.

“Kemudian dua bulan lagi, sampai bulan November, boleh kita adakan pemilihan Pusat dan bahagian yang dibuat serentak di bahagian-bahagian,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau terdahulu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau Tahun 2021 hari ini.

Mengulas pandangan supaya pemilihan UMNO diadakan sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Mohamad berkata, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah memutuskan supaya lima orang kepemimpinan tertinggi parti akan mengadakan perbincangan mengenainya.

“Mesyuarat MT baru-baru ini telah memutuskan supaya bagi pihak parti iaitu lima pemimpin tertinggi dengan dalam itu ada juga Perdana Menteri, supaya kita berbincang elok-elok sebaik mungkin untuk parti. Apa yang kita buat adalah apa yang terbaik untuk parti. Kita tidak boleh buat sesuatu yang kadangkala boleh menyebabkan parti mendapat akibat yang tidak baik.

“PRU-15 ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti dan juga pucuk pimpinan negara untuk berunding dan mencari kata sepakat dengan parti sudah bersedia dan kerajaan juga sudah bersedia. Walaupun kita mahu supaya PRU-15 awal, yang boleh bubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri ialah Yang di-Pertuan Agong.

“Pemimpin parti dan pemimpin kerajaan akan duduk bersama-sama, pemilihan parti dan juga PRU-15 akan dibincangkan bersama, kita mahu cari yang baik maka apabila kita berunding sama-sama nanti, kita akan dapat kata sepakatnya,” katanya.

Sementara itu, jelas beliau, tidak ada sebarang cadangan dalam mesyuarat MT UMNO baru-baru ini supaya lima jawatan tertinggi dalam parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu kelak.

“Kami tidak membincangkan itu, UMNO parti demokrasi, siapapun boleh ingin mencabar, ramai yang mahu mencabar jawatan Presiden, Timbalan presiden, Naib Presiden, UMNO mengamalkan demokrasi yang benar-benar demokrasi, tidak macam dahulu,” katanya.

sumber : https://www.agendadaily.com/politik/biar-pru-15-dahulu-berjalan-baharu-umno-buat-pemilihan-parti-mat-hasan/