Budak 5 tahun untung ‘besar’, ikan koi gergasi dipelihara bernilai RM400,000

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di China menjaga seekor ikan koi gergasi beratnya mencapai 25 kilogram di Zhongshan, wilayah Guangdong, seperti yang dilaporkan oleh portal berita MSNews hari ini.

Walaupun ikan itu besar, dia tetap tenang ketika memberi makan haiwan peliharaannya tanpa menunjukkan rasa takut.

Ikan yang diberi nama Hurricane dan berwarna oren itu hidup di dalam sebuah kolam. Ia juga gemar apabila kanak-kanak tersebut bermain dan membelainya tanpa rasa takut.

Seorang individu yang dikenali sebagai Yuan terlibat dalam aktiviti ternak ikan koi di Zhongshan dan telah menjual beberapa ekor ikan kepada beberapa orang, termasuklah ikan tersebut.

Yuan menilai seekor ikan koi sebesar Hurricane hampir bernilai 500,000 yuan (RM323,651) dan mendapati berat kanak-kanak perempuan tersebut kira-kira 20 kilogram. Ikan koi berusia tujuh tahun itu pula mempunyai berat sebanyak 25 kilogram.

Baca juga: Simpan setahun dapat RM24,000! Ini tips buat bakal raja sehari..elak berhutang ketika kenduri