Bijak urus belanja di usia kecil, seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun berjaya menjadi pelabur hartanah termuda di Australia.
Ruby McLellan dan dua adik-beradiknya, Angus,14, serta Lucy,13, dilapor membeli rumah pertama mereka pada harga AUD671,000 (RM 2.08 juta), dua tahun lepas, lapor Daily mail.
Harga rumah empat bilik terletak di Clyde, Victoria dilapor terus meningkat dan nilai semasa hartanah tersebut pada hari ini adalah AUD960,000 (RM 2.98 juta).
Menurut Daily Mail lagi, adik-beradik berkenaan membayar deposit rumah berkenaan menggunakan duit simpanan sendiri sebanyak AUD6,000 (RM 18,660) yang dikumpul dan diperolehi setiap kali membantu ibu bapa mereka.
tapi tak ramai tahu sebenarnya ayahnya, Cam McLellan, 50, adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat pelaburan hartanah terkenal Australia.
Sejak kecil lagi, dia dan adik-beradik yang lain sudah pun didedahkan dengan pelbagai ilmu pelaburan yang dapat membantu mereka membuat keputusan yang tepat.
Buat masa ini, Ruby dan adik-beradiknya yang lain sedang merancang untuk membeli sebuah lagi hartanah menggunakan keuntungan daripada pelaburan semasa sebagai pelaburan masa hadapan.
Baca: Netizen cop Neelofa tiada sifat empati, melulu bagi nasihat di radio