Budak mencarut sebab tak dapat duit raya, siap ada bukti video

Sudah menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak menerima duit raya namun ada juga yang dengan sengaja ‘mengemis’ kepada orang yang tak dikenali.

Sudahlah meminta ‘duit raya’ pada orang ramai di restoran, kanak-kanak itu turut mencarut selepas tidak diberikan wang.

Tular video dimuat naik pengguna Twitter @meyoxoxo, dimana seorang wanita didekati kanak-kanak lelaki yang asyik mengganggunya ketika makan di restoran.

Tidak tahu dimana keberadaan ibu bapa kanak-kanak tersebut, dia berulang kali meminta duit raya dari pemilik video tersebut.

Apabila tak dilayan, dia mula mencarut hingga timbulkan ketidakselesaan kepada wanita tersebut.

Malah kanak-kanak lelaki tersebut dengan selamba meminta sebatang rokong dari meja berdekatan yang dipenuhi lelaki dewasa.

Netizen turut marah dengan sikap kanak-kanak yang dilihat seperti kurang didikan sehingga sanggup mencarut kerana permintaan tak dipenuhi.

“Kalau budak rupa ini korang (anda) nak marah bising dekat kedai makan tak apa. Memang patut kena balun (pukul/marah) pun.

“Dah la kacau orang, siap carut lagi. Minta jauh la perangai anak sendiri jadi lagu (macam) ni,” komen pengguna Twitter.

“Budak kecil pandang aku kat kedai makan pun aku dah jeling, inikan pulak yang macam ini, memang aku tampar,” ujar pengguna lain.

Baca juga: Nasi lemak akak India di Seri Kembangan jadi tular, orang ramai sanggup beratur 7 jam!