Budak sekolah selamba ‘live’ tiktok tunjuk bahan terlarang

Pempengaruh Caprice hari ini memuat naik semula rakaman video daripada sesi langsung di TikTok menunjukkan sekumpulan individu disyaki sedang berbual mengenai dadah atau bahan terlarang.

Seorang wanita dilihat mengeluarkan dua plastik lutsinar kecil dan menunjukkan kepada umum sambil terbahak-bahak ketawa bersama rakannya.

dadah
dadah

Selepas itu, seorang lelaki mengaku mempunyai ‘dapur’ dipercayai alat untuk menghisap dadah dan membuka kamera bertujuan untuk menunjukkan alat itu.

“Budak zaman sekarang memang bijak macam ni ke @pdrmsia_official?” – Caprice

Tindakan individu tersebut telah mengundang rasa kurang senang netizen. Mereka terkejut melihat anak Melayu yang bangga menayangkan perbuatan terkutuk kepada umum.

Oleh keran perkara ini sangat serius, netizen menyeru pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan lanjut supaya perbuatan ini dapat dibendung.

Baca: Budak sekolah kebangsaan tawar khidmat ‘BJ’, RM10 sekali servis