Budak terteguk air syabu di rumah jiran, “patutlah pelik semacam tengok harini..”

Malang tidak berbau. Itulah perkataan yang sesuai untuk diberikan atas situasi seorang kanak-kanak dari Indonesia yang terminum air syabu di rumah jiran.

Difahamkan, kanak-kanak berusia tiga tahun itu meminta minuman dari ibunya namun jirannya dikatakan datang memberi botol air mineral.

Setelah pulang, anaknya itu dikatakan terlalu aktif hingga tidak makan,minum dan tidur selama beberapa hari.

Jirannya berusia 51 tahun menjadi suspek utama namun memberikan penjelasan tidak tahu menahu mengenainya kerana membawa mineral itu dari sebuah cafeteria.

Kanak kanak itu disahkan positif dadah jenis syabu dan menjalani ujian air kencing.

Menurut Ketua Polis Samarinda, Adry Fadli, kes itu disahkan pihaknya dan suspek sudah ditahan pada 11 Jun kerana kesalahan penyalahgunaan dadah serta melanggar undang-undang perlindungan kanak-kanak.

Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara 10 tahun.

Baca juga: “Kalah dengan nafsu sendiri, isteri pendosa nekad berterus terang dengan suami baru”