Gabenor Bali, Wayan Koster meminta para pelajar segera menghentikan dari menonton kartun animasi popular Malaysia Upin Ipin lapor media tempatan.
“Orang muda biasanya suka menonton, animasi apa yang datang dari Malaysia kan? Ya, Upin Ipin. Jangan kita tonton lagi.. Lebih baik sokong filem yang memfokuskan kepada tradisi dan budaya kita,” katanya.
Wayan Koster menyatakan pendiriannya itu ketika berucap dalam majlis anugerah pertandingan esei filem di Dewan Perundangan Wilayah Bali baru baru ini.
Kartun Upin Ipin sangat terkenal di asia tenggara kerana membawakan tradisi dan budaya Malaysia serta pendidikan di dalam animasinya.
Wayan ingin budaya Bali terus dipertahankan walaupun hampir lemas di bawah arus kemodenan teknologi.
Bali mempunyai penduduk yang pelbagai dan identiti budayanya berkait rapat dengan kepercayaan Hindu-Bali.