Berita gembira untuk rakyat!
Isnin ini Budi Madani bakal disalurkan kepada penerima inisiatif sama ada yang mempunyai akaun bank mahupun tidak.
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, mereka juga boleh menuntut inisatif tersebut dengan hanya ke Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.
Namun perlu diingatkan, anda perlu membawa MYKAD untuk pengesahan sebelum menerima bantuan tersebut.
“Pemohon yang berkelayakan juga masih boleh mendaftar untuk menerima Budi Madani.”
“Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.
“Permohonan yang dibuat selepas bulan Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada bulan Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk bulan Jun 2024,” jelas kenyataan itu hari ini.
Lebih dari 30,000 pemohon inisiatif ini terdiri dari petani, pekebun kecil komoditi serta individu dan semuanya telah diluluskan.
Bantuan yang bakal disalurkan berjumlah RM200 pada Isnin hadapan.
Untuk rekod, Budi Madani adalah usaha kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan layak di mana ia terbahagi kepada tiga pecahan.
Ia adalah bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) selain syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).
Baca juga: Melopong tengok harga roti Gardenia tahun 2003, netizen kata “penemuan bersejarah”